Kesedaran Alam Sekitar Kakitangan Awam - Utusan Malaysia 01 Mei 2008
Terdapat lebih kurang 1.2 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam Jabatan dan Agensi kerajaan. Ia mewakili 4.4% keseluruhan penduduk di negara ini, golongan ini dikenali sebagai penjawat awam. Perluasan skop kerja di dalam sektor awam dijangka akan meningkatkan permintaan jumlah guna tenaga di dalam sektor ini. Penjawat awam sering dilihat mempunyai gaya kepengunaan yang tersendiri, sebagai pengguna mereka perlu sedar bahawa sikap dan perilaku mereka boleh menyumbang kepada keharmonian alam sekitar di negara ini.
Penjawat awam merupakan golongan pengguna yang aktif. Tiba sahaja penghujung bulan maka berduyun – duyunlah mereka ke kompleks – kompleks membeli belah. Jalan – jalan awam dipusat bandar akan penuh sesak kerana dibanjiri oleh kenderaan yang mengunjungi pusat – pusat membeli belah. Senario ini lebih ketara di kawasan bandar. Di pusat – pusat membeli belah kelihatan mereka menyorong troli yang memuatkan dengan puluhan barang – barang keperluan.
Kaunter - kaunter dipusat membeli belah kadang kala mengalami kesesakan yang luar biasa. Bermacam jenis barangan yang dibeli termasuklah barangan keperluan makanan dan pelbagai keperluan asas. Bukan saja barang – barang keperluan asas malahan ada yang sanggup berbelanja diluar dari keperluan sebenar, gelagat mereka kadang kala kelihatan sebagai peniaga borong.
Di sebalik keghairahan membeli belah tidak pernah terfikir di dalam hati mereka tentang kesanya terhadap alam sekitar. Seolah – olah tiada kaitan membeli barang keperluan secara berlebihan dengan kesannya terhadap alam sekitar. Malahan mereka tidak merasa bersalah sekiranya terlalu banyak beg plastik yang digunakan untuk membungkus barangan yang telah dibeli. Kemana akhirnya plastik, kertas, tin dan botol kaca selepas di gunakan?
Pembelian barangan secara berlebihan sebenarnya akan menambahkan jumlah penghasilan sisa pepejal seperti plastik, kertas dan kaca. Kawasan perbandaran di Malaysia menghasilkan kira – kira 15,000 tan sisa pepejal sehari yang mana di anggarkan sebanyak 0.9 hingga 1.0 kilogram dijana oleh setiap individu.
Senario di pejabat juga masih belum banyak menunjukan perubahan. Kertas – kertas masih digunakan secara membazir. Kertas putih (bersaiz A4) yang digunakan untuk menaip surat, memo, kertas kerja dan minit mesyuarat masih digunakan secara membazir. Kertas – kertas yang tidak terpakai adakalanya dibuang terus. Ada yang mengunakan sebelah muka surat sahaja dan sebelah lagi dibiarkan kosong. Sikap suka membazir ini dapat dilihat juga dalam penggunaan elektrik, dimana penggunaan alat penghawa dingin, lampu pejabat dan komputer tidak dikawal penggunaanya. Penggunaan air didalam tandas juga dibazirkan. Kadangkala kelihatan air dibiarkan mengalir dari pili air tanpa ditutup dengan sempurna. Hal ini tidak sepatutnya dipandang remeh kerana ia berkaitan dengan pembaziran wang negara secara besar – besaran. Di dalam majlis jamuan makan kadangkala digunakan bekas makanan plastik sebagai pembungkus makanan. Tanpa di sedari amalan ini akan menyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar, ini kerana plastik adalah bahan yang sukar untuk dihuraikan secara biologikal.
Kesemua senario yang disebutkan tadi merupakan realiti yang berlaku di dalam masyarakat pengguna daripada kelompok penjawat awam. Nyata sekali bahawa kesedaran kepenggunaan dikalangan penjawat awam terhadap alam sekitar masih lagi ditahap rendah. Program kesedaran alam sekitar nampak seolah – olah belum merata sepenuhnya dikalangan masyarakat kita. Kempen cintai alam sekitar seharusnya tidak tertumpu kepada golongan pelajar dan belia semata – mata. Malahan kelompok penjawat awam perlu juga diberi kesedaran.
Hakikatnya isu alam sekitar mempunyai hubungan langsung dengan gaya kepenggunaan masa kini. Penjawat awam masih banyak yang berada dalam zon selesa, jauh sekali untuk memahami isu – isu alam sekitar dan melaksanakan amalan kepenggunaan lestari (sustainable consumption). Oleh itu program kesedaran alam sekitar kepada kakitangan awam amat perlu disemarakan. Ia bukan sahaja dapat menyedarkan penjawat awam terhadap alam sekitar tapi dapat membantu dalam penjimatan wang negara.
Program kesedaran alam sekitar perlulah dijadikan antara agenda utama dalam perhimpunan bulanan. Selain daripada itu aktiviti seperti sambutan bulan penghayatan alam sekitar, hari alam sekitar, pertandingan keceriaan dalam pejabat, kempen guna semula kertas terpakai, kempen penjimatan elektrik dan air, kempen penggunaan plastik sifar, ceramah alam sekitar dan gotong royong membersih pejabat adalah antara program yang boleh dianjurkan.
Program kearah kesedaran dan komitmen alam sekitar ini tidak seharusnya dipandang remeh, enteng dan jangal dikalangan penjawat awam. Masih belum terlambat untuk kita melaksanakan program ini. Usaha yang dimainkan oleh jabatan – jabatan kerajaan untuk menjayakan program sebegini perlu dihargai kerana ia dapat menyumbang kepada penjimatan wang negara sekaligus dapat membina sikap penjawat awam yang bertanggungjawab dan cintakan alam sekitar.

1 comment:
saya sangat setuju dengan pendapat saudara. banyak lagi kempen dan kesedaran perlu dilakukan kepada masyarakat kita
Post a Comment