Bermain badminton tidak kira apa jua waktu pagi, petang, siang dan malam (pasang lampu tepi tingkap). Selalu juga reket yang diguna untuk bermain putus talinya, terpaksalah kami membeli tangsi untuk menyambungnya sendiri. Tangsi – tali pancing jadi tali reket kami pada waktu itu. Selalu juga di undang bermain badminton oleh jiran kami (cina) walaupun ada masanya kami menang tapi ada fight jugalah.
Kami tidak mampu membeli reket yang mahal, reket yang ada pun sudah mencecah 3 tahun umurnya. Maklumlah untuk membeli sebatang reket memerlukan sekurang – kurangnya RM 40. Setiap kali melintas kedai yun seng (kedai buku + peralatan sukan) di pekan Papar, saya selalu mengintai-intai reket – rekat yang menjadi idaman di hati. Sambil menanam azam untuk membeli reket baru bila dapat biasiswa nanti. Bila dapat biasiswa barulah dapat beli reket baru yang diidamkan.
Kini badminton tetap menjadi permainan kegemaran. Kalau dulu nak beli satu reket bukan main susah, sekarang harga tidak menjadi persoalan yang penting bisa bermaion dengan mantap. Setiap minggu 2 kali sekali turun bermain badminton.
Badminton mengajar ketangkasan fizikal dan akal. Menyerang, bertahan, taktik dan kekuatan stamina di uji sepenuhnya semasa bermain badminton. Hilang juga tension bekerja di pejabat.
Sebagai seorang jurutera saya membuat formula penting yang menjamin ketepatan pukulan smash. Kedudukan bulu tangkis mestilah dalam kedudukan 25 -35 darjah dari sudut angkatan tangan–reket bagi memastikan smash yang terhasil tepat dan kemas pada sasaranya.
Falsafahnya, kita bisa menghasilkan sesuatu yang terbaik andainya kita mampu mencari pendekatan di samping mempunyai fokus yang jelas untuk mencapainya ...
1 comment:
Ok... betul tue sekarang aku ada 4 reket semua harganya bleh tahan sekarang tak pakai sudah reket 40 ringgitan.
Aku cuba kaitkan pengawalan bola digelangang dengan kawalan proses " procees control " cuba baca dynamic process control , bagaimana feedfoward system atau feedback control system digunakan dalam sesuatu proses, tapi suah aku nak describe kat sini
Post a Comment