Buku Fikir dan Zikir - Karya Terbaru Cikgu Sidek




Fikir dan Zikir

Buku ini menghuraikan cara berfikir manusia yang bertunjangkan Islam sebagai landasanya. Buku ini sesuai untuk di baca oleh generasi muda yang kini masih tercari – cari landasan berfikir yang betul . Membaca setiap bab dalam buku ini memberi refleksi kembali kepada diri saya, tentang terdapat kaedah berfikir yang agak kurang tepat yang saya amalkan selama ini. Intipati buku ini cuba mengajak pembaca menggunakan kurniaan akal fikiran manusia sebaiknya untuk tujuan kebaikan dan manfaat kepada seluruh manusia. Kaedah berfikir yang sebenar adalah dengan mengaitkan semua yang ada di alam ini dengan Kekuasaan Allah SWT.
Berfikir sesuatu yang tidak bermanfaat dan tanpa kerdaan Allah SWT adalah sesat,berilmu tanpa mengakui kebesaran Allah SWT adalah musibah, dan pemikiran yang hanya mengagumi kehebatan duniawi tanpa mengaitkanya dengan kepentingan ukhrawi akan memimpin manusia ke arah fasad. Berfikir juga merupakan suatu mekanisme zikir, tadabur dan tafakkur yang mempunyai nilai yang amat tinggi dan mendalam dalam diri manusia. Saya rasa buku ini harus dibaca berkali – kali untuk kita dapat benar – benar menyerap setiap butir hikmah yang pastinya terbit dari hati penulisnya. Buku ini juga amat sesuai sekali dimiliki oleh setiap penjawat awam yang mahu merubah cara berfikir dan bekerja ke arah yang lebih baik.

1 comment:

smtabi'in said...

salam.... meraik nampaknya buku tu bro....ana belum berpeluang memilikinya lagi... belum jumpa... apa yang ana difahamkan oleh beliau sendiri... untuk 2009 ni beliau telah publish lebih dari 4 buah buku... antara yang agak terkenal adalah "melayu perkasa" terbitan alaf 21... ana baru mula membacanya.... belum dapat beri komen lagi... dari kulit depannya nampak menarik buku tuh.... akan dapatkan copy secepatnya... TQ..