Kini sedang berlangsung Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Di Copenhagen. Sidang ini bermatlamatkan untuk menetapkan tindakan sejagat dalam usaha bagi mengurangkan kesan perubahan Iklim yang sedang dan bakal berlaku.
"The objective of the Summit on Climate Change, which I am convening on 22 September, is to mobilize the political will and vision needed to reach an ambitious agreed outcome based on science at the UN climate talks in Copenhagen." Setiausaha PBB
Sudah hampir 70 tahun manusia membahaskan isu perubahan iklim ini tapi masih belum ada penyelasaian yang konkrit dapat dicapai. Ini kerana isu perubahan iklim sebenarnya banyak bergantung kepada sikap manusia. Polisi, perundangan, konvensyen belum cukup untuk mengelakkan masalah ini berlaku.
Pada hemat saya semua ini hanya mampu diselesaikan dengan pendekatan Islami. Bermula dengan perubahan pandangan alam atau world view manusia terhadap alam. Manusia mempunyai amanah hakiki untuk membangunkan alam ini mengikut manual yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kesemua tindakan manusia seharusnya di paksikan dalam rangka peribadatan kepada Allah, kebaktian terhadap umat dan pemuliharan alam sekitar sejagat untuk manfaat semua.
Dalam sidang kemuncak ini negara yang kaya dan mempunyai potensi menyumbang terhadap perubahan iklim akan cuba sedaya mungkin untuk melindungi kepentingan mereka. Sementara negara kecil yang bakal hanyut, tengelam dan musnah kesan daripada perubahan iklim akan bersuara dengan lantang. Namun kegelisahan mereka tidak akan terubat walaupun janji negara – negara maju ditabur dengan begitu muluknya.
Kita amat menantikan suara pimpinan Islam yang mampu menyatakan pandangan berkaitan pengurusan alam sekitar mengikut perspektif yang sebenar. Kelestarian dan keseimbangan adalah impian sejagat. Sesuai dengan prinsip Islam sebagai rahmatan lil a’alamin.

1 comment:
Salam. Saya rasa persidangan ini juga dilakukan di dalam dewan seminar yang luas dan menggunakan alat penghawa dingin. Mereka juga menaiki kereta yang mengeluarkan gas-gas yang menyumbang kepada perubahan iklim.
Post a Comment