Maulidurasul

Salam Maulidur Rasul

Selamat menyambut Maulidur Rasul,

Nabi Muhammad pemimpin agung, pemimpin reformasi akhlak manusia.

Menegakan kebenaran dan keadilan, Menyangah kebatilan dan kezaliman.

Mengeluarkan manusia dari kegelapan – kegelapan kepada cahaya terang .

Umpama rembulan menerangi malam.

Alquran dan Assunah wasiat dan panduan untuk umat Islam.

Semoga di beri kekuatan untuk mengamalkan sunnahnya …..

Ya Allah Ampunkan dosa-dosa kami semoga Kami mendapat syafaatdi akhirat nanti.


Alam Sekitar Di Ambang Risiko...


Cuaca panas terik yang dirasai sejak beberapa hari lalu di seluruh negara amat member kesan kepada masyarakat. Ramai yang mengeluh apabila cuaca panas berterusan untuk beberapa hari. Ini kerana cuaca panas yang dilalui menggangu keselesaan dan aktiviti masyarakat. Di sebabkan cuaca panas yang berterusan ada daripada kita menghadkan aktiviti di luar rumah. Tidak dapat dinafikan cuaca panas yang berlaku merupakan satu petanda pemanasan global yang kian mengigit kehidupan manusia. Pemanasan global merupakan isu yang merentasi sempadan geografi , politik atau ekonomi. Isu alam sekitar seperti pemanasan global adalah isu sejagat. Ia bukan sahaja perlu difahami bagaimana proses – proses yang menyebabkan ianya berlaku.

Malah yang lebih penting adalah memerangi pemanasa global dengan segala keupayaan kita. “Combat Climate Change” pernah menjadi tema dalam Hari Alam Sekitar Sedunia 2009. Memerangi bukan bermakna kita perlu marah dan emosi terhadap pencemaran alam sekitar yang berlaku pada dewasa ini. Tetapi ia bermaksud manusia sejagat seharusnya bersatu untuk mengurangkan tindakan yang mampu mengurangkan dampak pemanasan global. Ekosistem alam ini sebenarnya diciptakan terlalu harmonis, seimbang dan lestari. Air yang mengalir dari hulu ke muara akan terus tenang dan mengalir penuh keriangan.

Namun kejahilan dan ketamakan manusia mengolah alam menyebabkan air sungai yang mengalir tenang di lumuri lumpur akibat pembalakan. Tidak kurang juga yang mengubah aliran anak sungai sehingga hilang keupayaan sungai menampung jisim yang tidak seharus ditanggung olehnya. Maka dalam isu pemanasan global ia turut dilakukan oleh manusia. Perubahan alam sekitar yang berlaku disekitar kita semakin pantas. Kepantasan perubahan alam sekitar ini membawa bersama bencana yang bakal mengancam nyawa manusia. Tetapi sejauh manakah kita sudah melakukan perubahan sikap dan amalan kita terhadap alam sekitar ? Tepu dada tanyalah diri sendiri...

Feneomena Global El -Nino




Salji litupi 50 negeri AS
*di petik dari berita harian 15 februari 2010

TUGU pengasas Coca Cola, John Pemberton ditutupi salji di Muzium The World of Coke di Atlanta, Georgia.

Fenomena El Nino punca cuaca pelik, teruk melanda

NORMAN: Semua 50 negeri di Amerika Syarikat tidak lama lagi akan dilitupi salji dalam tempoh beberapa hari lagi.

Seorang penyelidik Universiti Oklahoma, berkata salji akan melitupi semua negeri Amerika pada hujung minggu depan dan sedang berusaha mengambil gambar fenomena itu.

Kemungkinan semua negeri Amerika dilanda salji dianggap pelik. Pegawai di Pejabat Cuaca sekalipun tidak pernah mengumpul maklumat itu dan tidak dapat memberitahu sama ada keadaan seperti itu pernah berlaku.

Pakar cuaca di Makmal Salji Global juga sedang memeriksa rekod tetapi memerlukan beberapa hari lagi untuk mengesahkannya.

Sehingga pagi kelmarin, 67.1 peratus wilayah Amerika dilitupi salji. Kebiasaannya, pada masa ini, hanya 40 atau 50 peratus wilayah mengalaminya.

Ketua Makmal Salji Global, David Robinson, berkata salji direkodkan di beberapa stesen khas pada masa tertentu saja. Beliau berkata, keadaan ini dihasilkan oleh fenomena cuaca El Nino.

Salji melitupi Ardmore sehingga Dallas dan Louisiana di selatan. Bagi kebanyakan penduduk, ia adalah pemandangan putih yang jarang dilihat. Namun, keadaan lebih teruk di utara selepas dua ribut salji berlaku dalam tempoh seminggu.

Cuaca seperti ini menyebabkan Marsh memilih untuk menjadi pakar kaji cuaca. Ketika salji turun di luar Pusat Cuaca Nasional di sini, Marsh mengesan apa yang dianggap fenomena jarang berlaku.

Marsh, kakitangan di Makmal Ribut Besar Kebangsaan (NOAA) di sini, akan cuba mengumpul gambar salji di semua 50 negeri.

"Saya meminta gambar salji sejak tengah hari kelmarin. Jika dapat dari semua 50 negeri saya akan meletakkannya dalam peta Google Earth," katanya. � Agensi

Proses pemerolehan semula buangan terjadual



Proses pemerolehan semula buangan terjadual merupakan suatu proses yang kompleks. Istilah pemerolehan semula dikenali didalam bahasa inggeris sebagai 'recovery'. Ia bertujuan untuk mendapatkan semula sesuatu bahan atau unsur yang di inginkan setelah unsur atau bahan tersebut bercampur dengan bahan – bahan lain seperti sisa pasir, enapcemar, debu dan serat. Proses pemerolehan semula melibatkan beberapa proses yang agak kompleks. Ia banyak bergantung kepada jenis campuran bahan atau unsur tersebut. Bagi proses pemerolehan semula bagi buangan terjadual pula memerlukan proses yang teliti.

Antara sisa buangan terjadual yang selalunya melalui proses recovery ialah cip aluminium tercemar oleh minyak, miyak pelincir bercampur air, sisa elektronik mengandungi Au, Ag dan Cu. Proses pemerolehan semula melibatkan proses fizikal dan proses kimia. Pemahaman mengenai proses pemerolehan semula buangan terjadual amat penting. Ini kerana setiap bahan yang melalui proses fizikal atau kimia dijangka mempunyai potensi menerbitkan bahan pencemar lain yang lebih memudaratkan manusia.

Islah dan Inovasi

Prof. Dr. Taha Jabir seorang ilmuwan Islam menyebutkan umat Islam berada dalam tiga persimpangan

1. Pertama, terus menerus menggunakan ilmu – ilpendekatan ilmu yang sifatnya tradisional dengan metodologinya sekali

2. Kedua, umat Islam berhadapan dengan factor perubahan semasa yang dikatakan moden iaitu berlakunya dinamika ilmu dikembangkan dengan menggunakan kekuatan metodologinya terkini.

3. Umat Islam perlu menyaring tradisi, memilih asas – asas prinsipnya dan mengolahnya semula menggunakan pendekatan terkini supaya faktorperubahan berlaku tanpa menghilangkan maksud keaslian dan tradisinya.