Alam Sekitar Di Ambang Risiko...


Cuaca panas terik yang dirasai sejak beberapa hari lalu di seluruh negara amat member kesan kepada masyarakat. Ramai yang mengeluh apabila cuaca panas berterusan untuk beberapa hari. Ini kerana cuaca panas yang dilalui menggangu keselesaan dan aktiviti masyarakat. Di sebabkan cuaca panas yang berterusan ada daripada kita menghadkan aktiviti di luar rumah. Tidak dapat dinafikan cuaca panas yang berlaku merupakan satu petanda pemanasan global yang kian mengigit kehidupan manusia. Pemanasan global merupakan isu yang merentasi sempadan geografi , politik atau ekonomi. Isu alam sekitar seperti pemanasan global adalah isu sejagat. Ia bukan sahaja perlu difahami bagaimana proses – proses yang menyebabkan ianya berlaku.

Malah yang lebih penting adalah memerangi pemanasa global dengan segala keupayaan kita. “Combat Climate Change” pernah menjadi tema dalam Hari Alam Sekitar Sedunia 2009. Memerangi bukan bermakna kita perlu marah dan emosi terhadap pencemaran alam sekitar yang berlaku pada dewasa ini. Tetapi ia bermaksud manusia sejagat seharusnya bersatu untuk mengurangkan tindakan yang mampu mengurangkan dampak pemanasan global. Ekosistem alam ini sebenarnya diciptakan terlalu harmonis, seimbang dan lestari. Air yang mengalir dari hulu ke muara akan terus tenang dan mengalir penuh keriangan.

Namun kejahilan dan ketamakan manusia mengolah alam menyebabkan air sungai yang mengalir tenang di lumuri lumpur akibat pembalakan. Tidak kurang juga yang mengubah aliran anak sungai sehingga hilang keupayaan sungai menampung jisim yang tidak seharus ditanggung olehnya. Maka dalam isu pemanasan global ia turut dilakukan oleh manusia. Perubahan alam sekitar yang berlaku disekitar kita semakin pantas. Kepantasan perubahan alam sekitar ini membawa bersama bencana yang bakal mengancam nyawa manusia. Tetapi sejauh manakah kita sudah melakukan perubahan sikap dan amalan kita terhadap alam sekitar ? Tepu dada tanyalah diri sendiri...

1 comment:

Kembara Insan said...

http://zul1979.blogspot.com/2010/02/sungai-tinjar-pada-12hb-februari-2010.html

sharing info