Ilmu dan Makna Hidup


Hidup ini perlu dimaknakan oleh diri kita sendiri. Memberikan makna kepada kehidupan dengan asas-asas keilmuan amat penting. Ilmulah yang membina jatidiri seseorang, membina ketangkasan berfikir, mengkaji dan menilai sesuatu dengan seadil - adilnya.

Sekiranya kita tidak memberi makna kepada kehidupan kita seharian, dikhuatiri faktor persekitaran yang negatif akan mengisi makna dalam kehidupan kita. Gejala pecah amanah, tidak professional dalam melaksanakan tugas, emosional, tidak jujur dan melaksanakan tugas sambil lewa akan menjadikan kehidupan sesorang menjadi semakin sempit setiap hari.

Sebaliknya jika kehidupan kita di isi dengan penuh makna maka dunia ini akan selama-lamanya luas untuk kita. Pelbagai idea, kreatif, inovatif, harmoni akan tercetus dengan pengisian makna berintikan dengan asas-asas ilmu yang benar.


Ilmu yang membentuk seseorang menjadi professional, membina daya fikir untuk memutuskan sesuatu berdasarkan ilmu, keadilan dan penuh cermat.

1 comment: