Jam menunjukan pukul 6.45 pagi, selepas menunaikan solat subuh aku menyempatkan diriku untuk membaca kompilasi ucapan Bapa Mohamad Natsir seorang aktivis umat yang cukup terkenal di alam melayu. Buku yang diterbitkan oleh WADAH Pencerdasan Umat ini suatu yang amat bernilai bagiku. Bapa Muhamad Natsir digelar sebagai “hati nurani umat” kerana benar – benar memahami kepelbagaian sosio politik masyarakat Islam di alam melayu pada zamanya.
Semasa di Universiti dahulu tatkala mengetuai sebuah pertubuhan pelajar, aku dan teman – teman pernah menganjurkan program Seminar Pemikiran Bapak Muhamad Natsir. Sebelum bercadang menganjurkan program seminar tersebut, aku membuat sedikit kajian pembacaan mengenai tokoh ini. Aku mencari dan membaca semua tulisan dan ulasan – ulasan mengenai pemikiran beliau.

Sebelum diberi kelulusan untuk mengadakan program seminar ini, pelbagai cabaran yang kami hadapi. Itulah saat – saat pahit dan manis yang perlu kami tempuhi. Namun berbekal kekuatan fakta, data dan maklumat yang kami miliki kami dibenarkan meneruskan program ini. Malahan semasa di Universiti kami lah satu – satunya, petubuhan pelajar yang banyak mengadakan program dan wacana pemikiran tokoh - tokoh Islam.
Aku mendapati pemikiran dan sumbanganya cukup besar pada umat Islam di Indonesia dan Malaysia. Bapa Muhamad Natsir tidak pernah menolak mana – mana ilmu yang datang dari timur mahupun barat. Malah bagi beliau mana – mana ilmu yang bermanfaat seharusnya di ambil manfaat darinya.
Usai membaca , aku bergegas mempersiapkan diri ku, untuk menunaikan tugas seharianku.
Mesej untuk teman – teman : buku ini sekali lagi menjadi teks wajib untuk saudara!
No comments:
Post a Comment