Sambutan Aidiladha mempunyai makna yang tersirat dan tersurat. Islam merupakan suatu cara hidup yang cukup komprehensif, kekal relevan sehingga hari kiamat kelak. Oleh itu apa sahaja yang terkandung dalam ajaran Islam mempunyai kaitan yang amat rapat dalam kehidupan manusia. Sambutan hari raya Aidil Adha mempunyai makna – makna yang tersurat yakni yang boleh di fahami dan dilihat secara langsung oleh kebanyakan orang.
Sambutan hari Raya Aidil Adha adalah simbol kemenangan umat Islam yang dengan hati yang jernih, tulus dan ikhlas mengerjakan haji sebagai prasyarat Muslim yang ke lima. Dengan segala rukun , dan tertibnya umat Islam mengerjakan haji dengan penuh rasa tawadhuk mensucikan diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sambutan hari Raya Aidil Adha juga membawa makna – makna yang tersirat yang perlu dipelajari, difahami dan diambil pengajarannya. Ia tidak akan mempu dilihat sekiranya tiada usaha untuk mengupas mesej dan pengajaran yang boleh diambil dalam konteks sirah. Kisah Pengorbanan Nabi Ismail dan Ketaatan Nabi Ibrahim dalam peristiwa korban mengandung makna dan pengertian yang mendalam untuk di teladani oleh umat Islam.
Nabi Ibrahim mempunyai watak sabar, taat akan suruhan Allah swt dan seorang ayah yang penyayang. Manakala Nabi Ismail pula seorang anak yang soleh, taat akan perintah Allah, berani dan sabar menghadapi segala dugaan.
Perayaan – perayaan hari kebesaran Islam nampaknya masih kurang dari pengisianya didalam konteks masyarakat Islam hari ini. Pengisian ilmu untuk mengupas makna yang tersirat dan tersurat di sebalik peristiwa besar perayaan Islam seharusnya di jalankan dengan penuh rancak. Dalam konteks keluarga apa yang kita perlu isikan untuk anak – anak kita dalam menyambut perayaan kebesaran Islam.