Mustafa As Syibai’ Tokoh Gerakan Pencerahan Umat

Semalam saya sempat menalaah buku yang dikarang oleh Ustaz Rumaizuddin Ghazali berjudul 10 tokoh sarjana islam paling berpengaruh. Buku ini menceritakan idea dan sumbangan – sumbangan sarjana Islam dalam gerakan pencerahan akidah dan pemikiran umat Islam. Al Ustaz Mustafa As Syibai adalah salah satu tokoh yang disebut dalam buku tersebut . Beliau merupakan antara aktivis Ikhwanul Muslimin yang gigih berjuang. Antara kalimat yang pernah diucapkan oleh tokoh ini ialah beliau menyatakan bahawa “kehidupan ini perlu diisi dengan pekerjaan- pekerjaan yang agung dan pendek angan – angan “. Saya mengambil masa untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh beliau. Pada hemat saya apa yang dimaksudkan sebagai pekerjaan – pekerjaan agung ialah , segala kerja – kerja yang mempunyai impak yang besar terhadap umat terutama sekali dalam bidang dakwah, menyeru kepada amal maaruf dan mencegah kepada kemungkaran, membersihkan pemikiran umat dari belenggu jahiliyah dan sebarang pekerjaan yang dapat mengangkat martabat ummat serta mendekatkan diri kepada Allah swt. Manakala pendek angan – angan pada hemat saya membawa maksud, membatasi keinginan – keinginan kepada kebendaan dan dunia pada tahap yang paling minima. Semoga ada manfaatnya untuk renungan semua.

No comments: