MAKNA KEMERDEKAAN

Fitrah kejadian setiap makhIuk di alam ini memerlukan kebebasan. Kebebasan memberi erti yang amat bermakna bagi kehidupan. Detik pertama kelahiran seorang bayi ke dunia ditandai dengan tangisan seolah-olah membayangkan pekikan kebebasan dari kandungan ibu selama lebih sembilan bulan. Memang fitrah kejadian memberikan manusia erti kemerdekaan. Tetapi kemampuan manusia menghubungkan faktor diri dengan faktor alamiah adalah terbatas terutama yang berkaitan dengan alam ghaib.

Upaya penerokaan akal dan pancaindera manusia terhadap perkara-perkara dan benda-benda yang wujud adalah terbatas. Oleh itu, manusia memerlukan petunjuk dari sumber Yang Maha Perkasa. Hanya dengan petunjuk Allah S.W.T. manusia mampu memahami erti diri, erti kehidupan, erti kebebasan dan juga erti kemerdekaan dalam maksud yang sebenarnya. Sebab itu konsep hamba clan khalifah memberikan asas taklif atau tanggungjawab. Melaksanakan taklif memerlukan pedoman dan pertunjuk. Di dalam al-Quran Allah S.W.T. memberikan batasan tentang halal haram, dosa pahala clan baik buruk sesuatu. Sekiranya pedoman ini dijadikan amalan, jiwa merdeka akan sentiasa subur dan selari dengan fitrah insan. Yang menyebabkan makna kemerdekaan dikaburi ialah tingkah laku manusia yang melampaui batas. Al-Quran memberikan asas tentang "perbuatan tangan-tangan manusia yang menyebabkan kerosakan pada alam ini". Manusia yang hidup melalui pedoman al-Quran cenderung melakukan sesuatu mengikut keredhaan Allah S.W.T.. Inilah asas yang meletakkan manusia terus berada dalam fitrah clan merdeka.

Memahami konsep Islam tidak sekadar dihubungkan dengan ajaran agama itu sendiri. Islam sebagai "Deen" adalah sesuatu yang hidup bagi sepanjang zaman seperti juga jaminan Allah S.W.T. tentang al-Quran yang akan terus dipelihara sehingga akhir zaman. Aspek lain mengenai Islam ialah penganutnya. Apakah penganut Islam hari ini mewakili zaman atau sedang terpinggir oleh arus perubahan? Kekuatan ajaran itu berada pada umatnya. Sekiranya ajaran Islam itu dihayati sesuai dengan zaman yang pantas berubah, umat Islam tentu berada dalam satu tahap yang clihormati seperti yang pernah berlaku suatu ketika dulu di puncak suatu tamadun yang amat menyumbang kepada Barat dan Timur.

Oleh itu, memperkasa umat dengan menggilap dan menghayati nilai-nilai yang Qurani bakal memerdekakan jiwa penganutnya claripada belenggu kejumudan, kebekuan kreativiti, kehampaan intelek clan kecelaruan budaya. Penjajahan pemikiran "al-ghozwul fik-r" yang menimpa umat Islam sejak kejatuhannya ratusan tahun yang lalu memerlukan cara dan penclekatan untuk membebaskannya. Walaupun Malaysia secara politik dan pentadbirannya bebas claripacla kuasa penjajah, namun masih diancam penjajahan bentuk baru seperti hegemoni sistem komunikasi dan telekomunikasi serta penjajahan kebudayaan.

Kagum terhadap Barat dan negara-negara bekas penjaja, sindrom kebergantungan kepada Barat dan model kemajuannya sering menjadi ukurtara atau benchmarking untuk kita berstatus maju atau berimej global. Keadaan seperti ini harus diatasi supaya jiwa merdeka harus mampu memberikan cita rasa yang lebih kental dan bermakna supaya jati diri dapat diperkukuhkan, harga diri dapat dipertahankan dan hala tuju pembangunan menepati falsafah Wawasan 2020 iaitu pembangunan yang mapan dan seimbang.

MAKNA KEMERDEKAAN

Merdeka mempunyai beberapa pengertian. Mengikut Kamus Dewan (hlm 883), mercleka bermakna " bebas daripacla penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, lepas claripacla (tebusan, tuntutan, berdiri sendiri, ticlak bergantung kepacla orang lain ). Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep istiqlal danal-Hurriyyah. Istiqlal membawa makna kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi, menjayakan clan meneruskan sesuatu. Manakala al-Hurriyyah bermaksud kebebasan iaitu bebas claripada nafsu yang jahat.

Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nasr bermaksud;
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhammad berjaya menguasai nege.ri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat "
(Surah an-Nasr: 1-4)

Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam ertikata yang luas. Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripacla belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat yang bermaruah dan ada harga diri. Kemerdekaan Mekah daripada belenggu jahiliyyah adalah lambang kemerdekaan antara yang hak dengan yang batil, antara jahiliyah dengan fitrah, antara asas syirik kepacla asas tauhid. Titik-tolak kemerdekaan Mekah memberi kesan yang amat bermakna kepada umat manusia.

Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia meletakkan hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam keduclukan yang baik dan menyumbang.

Sumber kemerdekaan dengan Allah S.W.T. ialah keimanan dan ketakwaan yang meletakkan manusia dalam batas hamba dan khalifah. Hak individu dalam konteks Islam meletakkan asas kebebasan bersuara, beraktiviti dan bermasyarakat, asal saja ia ticlak melanggar hak orang lain. Hak keluarga ialah tanggungjawab ibu bapa memerdekakan anak-anaknya claripada kejahilan dan menjaclikan diri sebagai contoh atau qudwah supaya anak-anak menjadi orang yang cemerlang dan mampu menyumbang. Hak masyarakat ialah bagaimana potensi dan kelebihan yang ada pada seseorang tidak saja menjadi miliknya tetapi juga menj adi milik masyarakat. Hak negara ialah b agaimana kehadiran kita sebagai warganya menuntut sumbangan dan pengorbanan dalam apa bentuk yang terizin dan termampu supaya kecintaan kepada Allah S.W.T. memberikan kita hikmah cintakan negara.

MERDEKA DI LANDASAN TAUHID

Mekah memberikan erti yang amat istimewa bagi perjuangan Rasulullah s.a.w. untuk mengembalikan manusia kepada fitrah. Kemerdekaan Mekah terkanclung risalah nubuwwoh yang amat tinggi iaitu pembebasan manusia dari belenggu syirik. Terbebasnya manusia daripacla belenggu syirik ini menjadikan asas akidah berada pada tempatnya yang sebenar dan membentuk tosawwur yang menjalin ikatan antara hamba dan Khaliq, keimanan terhadap Pencipta dan meyakini tentang keperkasaan-Nya, Surah al-1khlas dari ayat 1 hingga 4 memberikan asas yang kukuh tentang aspek ketuhanan yang Maha Esa;

"Katakanlah, Dia-lah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yong bergantung kepada- Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak, tidak pula diperanakkan. Don tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya "

Implikasi surah ini membentuk suatu pandangan semesta tentang kekuasaan Allah S.W.T.. la suatu tosawwur yang membentuk asas wehdah dan kesatuan yang amat nyata. Tidak wujud penyengutuan atau menyamakan secara setara antara status Pencipta dan yang dicipta. Bila semuanya kembali kepada Yang Satu, ia memberikan makna yang besar tentang maksud kehambaan yang tinggi.

Asas wehdah ini menjadi perkara yang amat pokok dan utama dalam memahami kemerdekaan diri. Asas ini akan memberi arah yang jelas terhadap aspek kepercayaan, pemikiran, ihnu pengetahuan, sains clan teknologi, kebudayaan, kemasyarakatan, pembangunan, kemajuan sistem dan juga negara. Asas ini juga boleh memberikan dokongan yang kukuh terhadap erti jati diri, fahaman patriotik clan proses bina negara. Tanpa asas wehdah manusia akan cenderung kembali kepada faham qaumiah sempit dan konsep rahmah alamiah sukar untuk berkembang kerana sifat kejadian, potensi yang dimiliki, kelainan yang wujud, persamaan yang ada tidak dapat terbentuk atas asas litaarrafu.

Asas wehdah ini juga akan memberikan tunjangan terhadap faktor rohaniah yang terpancar dalam amal soleh. Memperkasa faktor duniawi yang memberikan natijah ukhrawi. Melihat faktor benda sebagai sumber yang perlu diuruskan dengan amanah. Benda ialah alat bukannya matlamat. Melihat faktor rahmah dan nikmah sebagai sumber daripada Allah S.W.T. yang perlu ditadbir urus secara ad] wal ihsan. Akhirnya menjadikan kita sebagai umat contoh, umat yang memiliki daya kesatuan yang tinggi (ummatan waahidah), umat terbaik (khaira ummah) dan umat pertengahan (ummatan wasata) yang memiliki kemampuan memimpin dunia dan memimpin umat manusia.

Atas landasan inilah Shakib Arsalan dalam kitabnya "Mengapa umat Islam terkebelakang be-rbanding bangsa lain- menekankan kepentingan kerohanian dalam memurnikan jiwa daripada perkara yang merosakkan, mengisi jiwa kepada perkara-perkara Yang baik seperti keimanan dan keyakinan kepada Allah S.W.T., membebaskan jiwa daripada rasa perhambaan dan takut kepada sesama nianusia; dan memerdekakan diri daripada menjadi hamba kepada nilai dan budaya masyarakat Yang merosakkan seperti fahaman kebendaan dan tipu daya dunia.
Faham kehambaan di sini tidak harus dilihat dalam pengertian Yang sempit. Kehambaan di sisi Allah S.W.T. dalarn erti kata Yang luas mernancarkan jiwa merdeka Yang tinggi atas kepatuhan, ketaatan, ketundukan dan keakuran tehadap perkara-perkara yang benar dan hak. Mengakui wujudnya Allah S. WT. melalui tanda-tanda kebesaran-Nya, mengakui kebesaran Allah S.WT. dengan dan nikrnah-Nya yang melimpah ruah-rahmah ,mengakui keperkasaan Allah SWT. yang memberikan kudrat dan takdir-Nya terhadap kehidupan manusia dan alam ini menyebabkan manusia memiliki sifat patuh, taat, tunduk dan akur. Apa pun sistem yang ingin berjalan dan memberi manfaat yang tinggi, ia mestilah berialan atas patuh, taat, tunduk dan akur.

Bintang-bintang, sistem solar, kosmos dan galaksi tidak akan bergerak secara tertib dan teratur melainkan atas landasan sunnah-Nya dan semua itu bergerak atas asas patuh, taat, tunduk dan akur. Kalau tidak, perlanggaran dan kesesakan akan berlaku. la ticlak berlaku kerana sifat Allah S.W.T. itu sendiri Maha Berkuasa dan Maha Perkasa terhadap ciptaan-Nya. Hal yang sama juga perlu ada kepada manusia supaya asas patuh, taat, tunduk dan akur menjadi sumber amalan bagi menundukkan sifat takabbur, sombong, angkuh dan ujub yang menyebabkan manusia terbelenggu dengan nafs al-amarah yang bersifat haiwani. Inilah yang menyebabkan berlakunya konflik, persengketaan, permusuhan, peperangan, kesombongan terhadap kuasa dan pangkat, takabbur terhadap ilmu dan kepandaian, angkuh terhadap harta dan kesenangan, ujub terhadap kekayaan dan kemewahan hingga dirinya jadi terbelenggu.

Faktor rohaniah harus menjadi landasan membebaskan manusia daripada belenggu yang membelit hati lantaran nafs al-amarah yang jelik. Kekuatan rohaniah yang terpancar dalam bentuk amal Islami bukannya terbatas dalam ritual ke dalam diri (tazkiyah an-nafs) semata-mata, tetapi ia henclaklah terucap dalam kata-kata yang santun dan mendidik, terlihat dalam amal clan perbuatan yang baik dan dirinya mampu menjadi contoh ikutan orang lain.
Asas kemerdekaan diri secara rohaniah dan amal ialah pertautan yang tinggi dengan Allah S.W.T. yang dilakukan dengan ibadah clan amal soleh yang ikhlas dan telus supaya kesan kebaikannya dapat dirasakan oleh yang lain.

Cabaran utama yang sering dihadapi oleh manusia ialah cabaran hawa nafsu. Nafsu adalah sesuatu yang fitrah bagi manusia, asasnya diibaratkan sebagai kuda liar. Kuda liar kalau tidak dilatih atau dijinakkan akan menyebabkan ia ticlak boleh clikawal. Nafsu juga sedemikian, sekiranya ticlak dilatih dan dijinakkan secara fitrah dengan amalan rohaniah yang baik ia boleh membina nafs al-amarah bi-suk iaitu nafsu jelik yang membawa pekerti buruk. Ibarat kuda liar yang dilatih untuk berlari dengan baik, dijinakkan dengan belaian dan urutan yang manja menyebabkan ketaatan kepada tuan atau penunggangnya tinggi. Apa saja yang diperintahkan oleh tuannya akan diikuti dengan baik dan menjadikan kuda itu sebagai kuda yang taat dan patuh.

Nafsu manusia juga memerlukan pendekatan yang sedemikian supaya memiliki jiwa hamba yang tinggi. jiwa hamba yang tinggi akan berupaya mengawal dan menjinakkan nafsu serakah yang jelik seperti Firman Allah dalam Surah ali-Imran ayat 14-15 yang bermaksud:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak, kuda pemeliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun kebun tanaman. Semuanya itu ialah ke senangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik baiknya (iaitu syurga). Katakanlah wahai Muhamad: Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu apa yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga yang mengalir di bawahnya sungai - sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan atau isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula keredhaan daripada Allah S.WT. Dan (ingatlah), Allah S.WT sentiasa melihat akan hamba-hambaNya ".

MERDEKA DALAM PEMIKIRAN

Akal adalah anugerah Allah S.W.T. yang amat bernilai kerana ia membezakan antara haiwan dengan manusia. Allah S.W.T. kurniakan akal membolehkan manusia mengingat, berfikir clan memberikan daya taakulan. AI-Quran menghubungkan akal dengan konsep ulul a]-bob supaya tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. itu diteliti dan dikaji dan menghubungkannya dengan Pencipta.
Alam ini ticlak terjacli dengan sendiri. Manusia pun tidak terjadi dengan sendiri (by nature). Sesetengah orang di Barat membuat tanggapan bahawa alam dan manusia ini terjadi secara kebetulan (by accident). Menghubungkan kejadian dengan agama dianggap sebagai suatu dogma. Asas inilah yang menjadikan ilmu orang-orang Barat bersifat rasional dan empirikal semata-mata. Segala sesuatu diukur dan diambil kesimpulan hanya dirujuk dengan upaya akal saja. Persoalan dalam al-Quran, "Apakah kamu tidak berfikir" yang merujuk kepada orang-orang berakal tentang ketakjuban kejadian-Nya.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah S.WT turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu, Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan ".
(al-Baqarah: 164)


Ayat di atas membawa mesej saintifik. Sains dalam tradisi orang Barat hanya menyangkut tentang kajian mengenai benda dan fenomena. Sains dalam tradisi Islam tidak saja mengkaji tentang benda dan fenomena tetapi hal-hal di sebalik benda dan fenomena iaitu pertanda-pertanda kewujudan dan keperkasaan Allah S.W.T.. Manusia yang diciptakan mengatur sistem lebuh raya yang canggih tetapi perlanggaran dan kesesakan tetap berlaku. Allah S.W.T. jaclikan planet dan sistemnya berputar clan beredar secara teratur dan tertib tentunya membayangkan ada kuasa yang Maha Berkuasa menentukan perjalanan atas sunnah-Nya. Ticlak mungkin planet dan sistemnya bergerak sendiri seperti ticlak mungkin kereta berjalan sendiri, kapalterbang terbang sendiri. Akal yang berfikir tentunya memberikan taakulan bahawa sesuatu yang bergerak ada penggeraknya dan sesuatu yang terjadi ada penjadinya. Asas inilah yang menjadikan kebebasan pemikiran wujud dalam keadaannya yang fitrah.

AI-Quran juga memberikan asas tentang perlunya pengembangan pemikiran menerusi anjuran "Apakah kamu tidak merenung" iaitu tidakkah manusia berfikir secara kreatif, reflektif, lateral, kritikal, strategik dan sebagainya. Kemahiran berfikir ini amat penting supaya perspektif tentang sesuatu dilihat secara menyeluruh clan komprehensif. Sesuatu kej adian baik langit dan bumi, manusia dan haiwan, air dan tumbuhtumbuhan mempunyai kaitan antara satu dengan lain. la ibarat suatu sistem kosmos yang memiliki kesalingan dan memiliki hikmah di sebalik kejadiannya. Pengembangan pemikiran secara fitrah menyebabkan manusia menjacli tahu dan berilmu. Ilmu tanpa suluh al-Quran ticlak memberikan jalan berfikir yang terang benderang. AI-Quran sebagai sumber hikmah dipandu oleh jiwa tafakkur membolehkan manusia tahu tentang letak dirinya sebagai hamba dan khalifah clan hubungannya dengan Pencipta untuk memahami maksud faktor-faktor yang nyata dan ghaib yang terdapat dalam alam dan kehidupan ini.

AI-Quran juga menganjurkan supaya tradisi tadabbur dikembangkan. Jiwa tadabbur adalah amat penting bagi memerdekakan pemikiran manusia. Rasa ingin tahu, keupayaan menyelidik dan mengkaji memberi ruang kepada manusia mendapatkan data dan maklumat, fakta dan ilmu supaya daripadanya menjadikan manusia lebih dekat dengan Allah S.W.T.. dan menjadikanya yakin terhadap kebesaran-Nya berasaskan pertanda-pertanda jelas dan meyakinkan.
Kecemerlangan ilmuan dan ulama' silam berasaskan integrasi fikir dan zikir. Tradisi fikir dan zikir menemukan Ibn Nafiz pakar dalam bidang ilmu Mengurus Diri iaitu keahlian dalam bahasa Arab dan Syariah. Dalam masa yang sama juga mempunyai keablian dalam ilmu. Mengurus Sistem iaitu pakar dalam bidang perubatan yang berkaitan dengan ilmu perputaran darah (blood circulation). Tradisi ini juga menampilkan tokoh ilmuan seperti Ibn Sina yang hafaz al-Quran di awal umur, menguasai pelbagai bahasa, menekuni bidang ilmu muzik, pakar dalam bidang astronomi atau astrofizik, mahir dalam bidang falsafah, hebat dalam ilmu matematik dan tersohor dalam ilmu perubatan. Hal yang sama juga berlaku kepada al-Hawarizmi pakar dalam bidang matematik, al-Zahrawi pakar dalam ilmu bedah, al-Batani pakar dalam ilmu astrofizik, Ibn Haitam dalam bidang optik, Abbas ibn Firnas dalam bidang enj in terbang clan ramai lagi yang melakukan tradisi todobbur tanpa memutuskan diri dengan Allah S.W.T.. Inilah asas kemerdekaan berfikir yang wujud dalam zaman kegemilangan tamadun yang telah memimpin tamadun umat manusia.

Akal manusia juga dibantu oleh pancaindera. Apa yang ditatap, dibaca , ditulis, ditonton, disaksi dan cliperhatikan memberi asas terhadap akal clan kecerdasannya. Apa yang didengar, dihidu, dirasa dan disentuh juga merupakan landasan menghubungkan diri dengan lingkungan luar diri clan persekitaran boleh menyumbang kepada kemakrufan dan faktor sekitar juga boleh menyumbang kepada kemungkaran. Keinsafan bahawa Allah Maha Melihat clan Allah Maha Mengetahui menjadi pedoman bagi manusia menyuburkan jalan berfikir dan perkembangan pancainderanya supaya yang dilillat, didengar, dihidu, dirasa dan disentuh adalah sesuatu yang baik dan menyumbang kepada kebaikan dan kesejahteraan diri clan juga perlakuannya.
Oleh itu, pemikiran yang merdeka adalah pemikiran yang terpedoman. Manusia yang fitrah tidak boleh lepas bebas dalam berfikir tanpa adanya pancang ataupun panduan yang membolehkan manusia insaf bahawa sebagai hamba dan khalifah, ia tertakluk kepada ketentuan Allah S.W.T.. Meskipun jalan ikhtiar erbuka untuk manusia, namun faktor naluri clan nafsu-nafsi semata-mata tidak memadai untuk membimbing manusia ke jalan yang betul melainkan kesuburan pemikirannya dibentuk oleh keimanan. clan ketakwaan. Keimanan dan ketakwaan adalah batasan yang membimbing manusia tentang kebebasan berfikir. Keimanan menghubungkan manusia dengan faktor ghaibiyyat di mana manusia tidak hanya mengembangkan pemikirannya terhadap apa yang dilihat clan bersifat benda tetapi juga percaya apa yang tidak dilihat seperti Allah S.W.T. dan malaikat kerana terclapat tanda-tanda yang nyata tentang kejadian dan kebesaran-Nya yang di luar mampu akal manusia untuk memberikan rasionalnya.

Ketakwaan menghubungkan manusia dengan faktor insaf-ketuhanan (God-conciousness) yang tinggi. Keyakinan manusia kepada Allah S.W.T. yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui membentuk manusia supaya berlaku amanah, jujur, adil, tulus, telus dan lain-lain kerana ketakwaan meyakinkan manusia bahawa dalam melakukan sesuatu yang sifatnya ibadah, walaupun bila melakukannya kita tidak melihat Allah S.W.T., tetapi kita yakin Allah S.W.T. melihat kita. Asas inilah yang mempedoman manusia untuk sentiasa berada dalam koadaan fitrah bila melakukan. sesuatu.

Orang-orang mukmin dan muttaqin tidak akan erbelenggu oleh sifat pecah amanah atau tidak amanah, kezaliman, penipuan, pura-pura, melakukan eksploitasi atau perkara-perkara seumpamanya kerana ia menjaclikan manusia tidak merdeka dan terbelenggu. Melakukan sesuatu dengan amanah, bercakap sesuatu yang benar, menyampaikan sesuatu dengan jujur, bersikap adil terhadap orang lain, telus dan tulus bila berurusan adalah gambaran orang yang berjiwa merdeka kerana ia menghubungkan dirinya dengan yang Maha Mengetahui iaitu Allah S.W.T.. Dalam melakukan sesuatu ia ticlak berselindung atau monyatakan sesuatu di luar kebenaran kerana sekiranya ia berbuat demikian meskipun manusia tidak tahu tetapi Allah S.W.T. mengetahuinya. Inilah jiwa merdeka yang amat agung yang dimiliki oleh manusia mukmin.

Asas ini sangat penting kerana maksud kebebasan berfikir ialah pertautan akal dengan naql iaitu wahyu. Wahyu memberikan pertunjuk manusia supaya pedoman yang diberi menyebabkan manusia terus berada dalam keadaan fitrah dan tidak melampaui batas. Batasan yang memisahkan yang baik dengan yang buruk, maaruf clan mungkar, hak dan batil, adil dan zalim adalah persimpangan yang boleh membawa manusia kepada belenggu dan boleh memimpin manusia ke arah kebaikan. Sekiranya manusia memilih jalan yang baik, kemerdekaan yang sebenarnya dirasai tetapi sekiranya manusia memilih jalan yang batil maka manusia tidak memilik dan hidupnya dibelenggu.

KONSEP KEBEBASAN BERFIKIR

Manusia dikurniakan Allah S.W.T. dengan akal yang membolehkan manusia berfikir. Haiwan clikurniakan nafsu dan naluri yang tidak membolehkannya berfikir seperti manusia. Kesuburan pemikiran manusia memerlukan suasana. Suasana yang merangsang dan menggalakkan berfikir menyebabkan lahirnya maklumat, datangnya ilmu dan ditemui data dan fakta. Daripadanya manusia membina rumusan, hipotesis dan akhirnya teori tentang sesuatu kajian dan perkara.
Definisi Kebebasan Berfikir
Mengikut Kamus Dewan (1998) halaman. 120, kebebasan bermaksud tidak terhalang (untuk bergerak dan bercakap), tidak terkongkong, tidak terkurung clan lain-lain. Berfikir, dikaitkan keupayaan menggunakan akal (untuk menyelesaikan sesuatu clan lain-lain), mengingat, merenung dan mempertimbangkan. Kebebasan berfikir ialah suatu keadaan idea dan pandangan boleh dikeluarkan dengan bebas tanpa dihalang atau dikongkong oleh orang lain selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum agama clan tatasusila masyarakat.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Sad ayat 29 yang bermaksud:
"(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahui Muhammad) kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurma mengambil iktibar.”
Ayat-ayat Allah S.W.T. terkanclung sumber-sumber untuk manusia berfikir. Di dalam al-Quran terdapat kisah-kisah vang berlaku di kalangan para Nabi dan Para Rasul vang terdahulu. Kisah-kisah itu memberikan kita ibrah atau iktibar ataupun teladan supaya apa vang dirakamkan oleh Allah S.W.T. menerusi Kalam-Nya untuk direnung, diteliti dan dikaji oleh manusia tentang sejarah manusia dan kemanusian, sejarah kebangkitan dan keruntuhan, sejarah kepatuhan clan keengkaran, sejarah menjejaki batas kebebasan dan melampauinya. AI-Quran menyebutkan akibat daripada perbuatan manusia yang melampaui batas. Apa yang terkandung dalam kisah-kisah adalah gambaran al-Quran menerusi ayat-ayatNya itu adalah himpunan sejarah manusia terdahulu yang berulang kembali pada hari ini dan bakal berulang kembali pada masa depan.
Contohnya, kisah Nabi Lut a.s. berdepan dengan kaumnya yang lari daripada fitrah. Fitrah kejadian lelaki dan perempuan yang memungkinkan proses "kenal mengenal " atas keperluan syarak berlaku bagi membolehkan zuriat berkembang untuk membentuk keluarga clan masyarakat dan akhirnya sistem dan tamadun. Kaum Nabi Lut a.s. memiliki tabiat untuk meminati kaum sejenis. Nabi Lut a.s. berusaha mengajak mereka kembali kepada fitrah. Sebaliknya Nabi Lut a.s. dihina dan dicerca malah diancam. Akhirnya, Allah S.W.T. menurunkan musibah terhadap kaum ini clan mereka dihancurkan dari muka bumi.

Bagi orang-orang yang beriman, pemikiran reflektif yang harus dikembangkan ialah pentingnya kejadian berpasang-pasangan mencari keseimbangannya supaya hikmah di sebalik kejadian dan penciptaan dapat dimanfaatkan dengan betul dan tepat. Pada hari ini kita menyaksikan kebebasan berfikir dan menganut sesuatu fahaman yang lepas bebas dan tidak menjaclikan ayat-ayat Allah S.W.T. menerusi kisah-kisah dan ibrahnya sebagai sumber pembelajaran. Sebaliknya orang-orang Barat clan orang-orang Timur menjaclikan pola "gay" clan "lesbian" sebagai jalan kehidupan yang terbaik. Ia mengulangi kembali apa yang pernah dirakamkan oleh al-Quran. Akhirnya, bayangkan kebebasan berfikir tanpa batas, kebebasan pergaulan tanpa had, kebebasan memperkongsi kehidupan tanpa pedoman menyebabkan musibah baru lahir menghantui umat manusia iaitu AIDS/HIV. Bagi orang-orang Islam kebebasan berfikir tanpa pedoman, kebebasan membuat keputusan dan pendirian tanpa sumber hikmah bakal menjerumuskan manusia kepada amalan melampaui batas yang natijah akhirnya ialah
kerosakan clan kebinasaan.

Oleh itu, dalam kebebasan berfikir mengikut tradisi slam, ticlak salah kebebasan berfikir dihubungkan dengan kemahiran yang berkaitan dengannya. Berfikir secara kreatif, kritikel, lateral, strategik, analitis, inovatif dan lain-lain adalah kaedah bagaimana sudut maklumat diperoleh, cabang ilmu boleh dikembangkan, jalur keterampilan boleh dipelbagai dan jalan kebenaran bolch ditemui. Sudut mana pun sesuatu perkara menjadi objek pemikiran pada prinsipnya ia bermula dengan suatu kesatuan. Alam ini dijadikan sebagai suatu kesatuan. Melihatnya dari sudut geografi ataupun sainstifik mahupun sosiologi ia tetap bermula dari satu kesatuan. Disiplin pemikiran. dan kajian yang berbeza melengkapkan lagi pengetahuan. manusia dan akhirnya sesuatu itu harus dilihat secara suatu kesatuan yang sifatnya kosmik dan organik.
Pada prinsipnya, sesuatu kejadian itu diciptakan. Manusia menggunakan akal, kemahiran dan keahlian untuk mereka, mengolah dan menggubah sesuatu yang diciptakan untuk menjadi bahan dan alat yang boleh memberi menfaat kepada manusia. Manusia ticlak boleh melakukan ciptaan daripacla perkara yang fidak ada kepada ada. Mengadakan yang tidak ada kepada ada merupakan kerja Allah S.WT.. Meniadakan yang ada kepada tidak ada juga kerja Allah S.W.T. atau dengan izin-Nya.

Pada hakikatnya, yang berubah itu ialah bentuk (form) bukannya fitrah sesuatu kejadian itu (substonce). Fitrah sesuatu kejadian tetap tidak berubah. Kalau Allah S.W.T. jadikan faktor-faktor dalam alam ini sifatnya berpasang-pasangan, ia akan tetap berpasang-pasangan sehingga ke Hari Kiamat. Yang pentingnya, bagaimana yang berpasang-pasang itu mencari titik-temu, keserasian dan keseimbangan bagi mewujudkan keharmonian, keamanan, kesejahteraan dan juga kebaikan. Bentuk antara lain ialah yang bersifat alat. Teknologi ialah alat. jenis teknologi yang dihasilkan digunakan untuk beberapa keperluan dan kepentingan. Dalam tradisi Islam, teknologi dilihat sebagai alat tetapi maksud kegunaan teknologi itu membawa kepada matlamat sesuatu. Komputer dan televisyen adalah alat. Sifat alat ialah berubah, cenderung, canggih dan kompleks. Tetapi apakah komputer dan televisyen membawa maklumat yang baik, betul. dan benar ataupun televisyen menyajikan bahan-bahan dan program yang meningkatkan akal budi manusia, bakal menentukan fitrah yang dituntut oleh manusia. Memahami keperluan yang fitrah tentunya memandu manusia berfikir secara kreatif dan inovatif untuk kebaikan manusia juga.

No comments: