Pagi ini kuliyah lebih memperincikan mengenai bahan – bahan bukti yang releven yang perlu di ambil bagi tujuan penguatkuasaan. Ini termasuklah penggunaan bahan bukti bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah. Di sentuh juga oleh PK Shaari mengenai peri pentingnya mengenai senarai semak yang perlu di ambil. Teknik persempelan yang betul dan tepat perlu di jalankan dengan baik bagi memastikan keputusan yang di ambil menepati tatacara piawaian yang telah ditetapkan.
Kuliyah di sebelah petang, di sambung dengan perincian mengenai kaedah – kaedah pengambilan bukti bagi kes – kes tertentu. Juga di berikan perhatian mengenai kaedah tatacara pengambilan gambar. Ini dapat membantu dalam menyediakan laporan siasatan yang bernas. First Assignment mengenai kaedah – kaedah penyiasatan aduan pembakaran terbuka. Keaedah penyiasatan yang tepat dapat menghasilkan penyelesaian yang baik.
No comments:
Post a Comment