Boikot gaya hidup tajaan Yahudi


Oleh ABDUL RAHMAN MAHMUD - Utusan malaysia 15 Januari 2008



KEGANASAN di Palestin bukan perkara baru bagi umat Islam. Ia telah menjadi suatu indikator bagi mengukur lemah atau kuatnya umat Islam di seluruh dunia. Apa yang berlaku di Palestin merupakan sebahagian daripada peperangan bentuk fizikal manakala di bumi sebelah lain, umat Islam turut diserang oleh gaya hidup yang ditaja dan dicipta oleh Yahudi dan AS.



Media hiburan yang dikuasai oleh Yahudi dan AS menaja gaya hidup bebas dari agama melalui filem, lagu dan rancangan realiti TV. Semuanya berakar daripada Barat yang dicipta oleh Yahudi. Ia disalurkan ke media melalui siaran TV dan juga Internet.




Dunia tanpa sempadan menjadi medium terbaik untuk mereka mengeksport budaya songsang ke negara-negara Islam. Akibatnya generasi muda Islam hampir lumpuh daya fikirnya dan semakin tumpul semangat jihadnya.



Apa sahaja rancangan TV yang dikira mempunyai keuntungan besar semuanya ditiru secara melulu. Sehingga menjadikan generasi muda kita berjiwa santai dan tidak mahu memikirkan hal yang lebih serius dan mencabar. Penguasaan ilmu dan teknologi masih berada di tangan pihak Yahudi dan AS. Mereka menguasai bidang sains teknologi dan ketenteraan. Sehinggakan jutaan ringgit dilaburkan di kalangan negara Islam untuk membeli senjata dari AS. Negara-negara Islam juga banyak bergantung kepada AS sebagai rakan dagangan utama.



Kebergantungan kepada kuasa besar ini turut mempengaruhi dasar luar negara-negara Islam untuk melaksanakan tindakan secara bersepadu. Kesemua dakyah yang ditabur dan dicipta ini telah berjaya mengkucar-kacirkan kekuatan umat Islam di seluruh dunia. Amat malang sekali seandainya kita tidak sedar dan insaf tentang gaya hidup yang dicipta oleh Yahudi ini.


Dalam konteks negara kita, pelbagai langkah untuk mengecam tindakan rejim Zionis Israel kini giat dilaksanakan. Apa yang penting kita bukan sahaja perlu memboikot barangan buatan Yahudi dan AS, malahan bertekad memboikot sebarang gaya hidup tajaan Yahudi dan AS yang semakin kuat mengakar dalam kehidupan masyarakat Muslim. Rancangan berbentuk keagamaan dan ilmiah perlu diangkat martabatnya dalam siaran TV di negara kita. Rancangan hiburan berlebihan harus dikurangkan dan diganti dengan program yang dapat membentuk fikrah masyarakat Islam.



Masyarakat Islam perlu sedar bahawa kita sekarang telah diserang dari pelbagai sudut, kita perlu bangkit dari tidur yang lena. Golongan belia Islam juga harus sedar dan melaksanakan perubahan baru untuk menjadi lebih kuat dan bebas daripada serangan halus gaya hidup tajaan Yahudi.

1 comment:

MI Syakir Ishak said...

Boycott is a good start but “ala sentiment” approach mechanism should be reviewed for the sake of continuous mechanism improvement. New perspective of boycott agenda should be revived. In other words to be independent in all aspects of industries.

Frankly, I admire Tan Sri Ali Hashim’s way (chairman of QSR Berhad), he has his own style of boycott by making KFCs are halal food instead!- and perhaps now his team are working for worldwide. The time has comes for muslims especially in the middle east to move out from their inferiority. We have to accept the reality that we need to learn from the west in many profesional aspects indeed. But adaption capacity (in terms of idealism and intellectualism) should be firm as the challenges are tough too. Hence there are only unity can crush the fetters of muslims’ agony.