Meneruskan Ibadah @ Kerja secara profesional


Hari ini merupakan hari pertama dalam bulan Februari, ini bermakna sudah hampir 31 hari kita berada di tahun 2009. Apa yang telah kita laksanakan dalam tempoh 31 hari ini
adakah masih belum menampakan apa – apa perubahan ?

Rakan – rakan sekerja asyik memikirkan berapa RM mahu di Claim bulan ini?
Berapa RM mahu di pinjam dengan bank lagi ?
Ada juga yang berura – ura untuk menambah koleksi kad kreditnya...
Ada yang terhimpit kerana potongan gajinya hampir 70 % untuk bayar hutang rumah, kereta dan hutang pinjaman pelajaran....

Sehinggakan semuanya kehilangan fokus untuk bekerja. Kerja sebagai suatu ibadah kearah mengabdikan diri kepada Allah swt. Dunia ibarat air laut di minum akan bertambah haus.... manusia tidak akan merasa cukup andainya terus – terusan memikirkan wang untuk hidup. Walaupun wang itu perlu dalam kehidupan, tetapi apalah maknanya apabila hidup terlalu di kuasai dengan wang sehingga menutupmata untuk melihat perspektif kehidupan yang lebih luas.

Ya Allah Ampunkan dosa – dosa ku tetapkan lah aku dalam iman...
Kuatkan semangatku untuk meneroka lautan ilmu...
Membina kekuatan kerjaya sebagai muslim profesional menyumbang bakti kepada ummat dan negara ...

No comments: