Dunia kini berhadapan dengan serangan wabak yang amat dahsyat dan mencemaskan. Wabak pendemik ’swine flu’ yang merebak dengan cepat mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor. Ada yang berpandangan mungkin ia berlaku disebabkan adaptasi virus terhadap perubahan cuaca yang tidak menentu. Adaptasi ini mungkin berupa mutasi, virus kepada bentuk yang lain. Ini menyebabkan ia berkebolehan untuk dipindahkan dengan bantuan agen angin, air dan haiwan. Virus mempunyai saiz kecil ekstrim tidak kelihatan dengan mata kasar mahupun kanta pembesar biasa. Sifat virus memang sentiasa berubah – ubah, tetapi virus tidak boleh disalahkan kerana ia memang begitu. Sifat manusia yang perlu disalahkan kerana membiarkan virus terbentuk dan merebak dengan cepat dan pantas.
Antara 4 cabaran perkembangan populasi dunia yang disenaraikan dalam majalah milinea muslim oktober tahun lepas ialah pencemaran alam sekitar, masalah kesihatan, peperangan dan kemiskinan. Serangan virus pendemik telah berlaku sejak dari dahulu lagi semasa kewujudan tamadun rom. Ini menunjukan dunia walaupun sudah maju dengan hebat dan gagah masih tidak kebal , hanya Allah SWT Yang Maha Agung mempunyai Kerajaan Yang Agung dan Maha Kuasa
Pakar sains ekologi, cuaca dan alam sekitar meramalkan pelbagai penyakit bakal merebak dengan pantas dengan perubahan iklim dan pemanasan global. Keresahan melihat bumi yang ditimpa malang ini turut sama dizahirkan dalam karya terbaru Shanon Ahmad ”Revolusi yang ditangguhkan”. Menulusuri tulisan beliau didalam buku terbarunya ini membawa kita kepada keinsafan betapa kerdilnya diri manusia tetapi tetap angkuh dengan apa yang dicapainya.
Manusia terus bongkak merebut dan berebut kuasa. Tidak malu menganggap haknya, tidak segan merampas hak, antara hak dan tanggungjawab masih tidak jelas dalam fikiran dan hati mereka. Manusia yang berhak adalah manusia yang bertanggungjawab.Tanggungjawab dan hak perlu ditunai – lunaskan barulah berhak mengaku hak.
Kekuatan tamadun dunia hari ini yang dicipta dengan sains dan teknologi masih tidak mampu menangkis serangan virus ini. Semuanya kuasa Allah SWT Yang Maha Kuasa, Maha Agung. Semunya penuh hikmah untuk direnung oleh umat manusia. Kita perlu berdoa agar Allah SWT jauhkan kita dari segala wabak penyakit yang membawa maut. Kita perlu bermuhasabah apa merenung dengan mata hati bertaffakur menginsafi kemusnahan alam dan mengambil hikmah apa yang telah berlaku.
No comments:
Post a Comment