PERUBAHAN IKLIM telah memberi signifikasi dan meningkatkan ancaman terhadap kesihatan masayarakat dunia. Ia turut mengajak manusia merubah kaedah dan pendekatan bagi melindungi populasi manusia yang bakal terancam. Laporan terbaru Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) menyatakan terdapat bukti yang banyak dimana manusia menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dan ia turut memberi kesan yang ketara terhadap kesihatan manusia.
Kepelbagaian perubahan iklim telah menyebabkan kematian serta merebaknya penyakit melalui bencana alam, seperti ombak besar, banjir dan kemarau. Malahan, kebanyakan penyakit-penyakit penting amat sensitif kepada perubahan suhu dan taburan hujan didapati semakin berkembang.
Ia meliputi penyakit bawaan vektor seperti malaria dan denggi, dan disertai bersama ancaman populasi dunia seperti kekurangan zat dan diarrhoe. Perubahan iklim telah berlaku dan menyumbang kepada bebanan penyakit global, dan ia dijangka akan berkembang pada masa depan. Populasi negara membangun, khususnya di kepulauan kecil, kutub dan zon pergunungan tinggi dan kawasan pinggir pantai yang padat dikenalpasti mempunyai kebolehterancamaan yang tinggi.
Adaptasi dan perubahan harus dilakukan dengan segera, dana bagi menghadapi kesan – kesan perubahan iklim harus dikumpul. Apakah nasib negara – negara kecil miskin dan mundur yang terpaksa berhadapan dengan masalah ini. Mungkinkah akan wujudnya ’pelarian benua’ dan wujudnya kelompok manusia yang tidak mempunyai kewarganegaraan.
1 comment:
last night, i realized of cik siti's discharge in our kitchen...what does it mean?
i'm worried of pendemic diseases bring by Cik Siti tu,,,,,
and one more, no pet in our house since there are baby (babies) in house.(hehehe)
Post a Comment