“Uuuuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah ! ….. itulah reaksi muadz anak saya yang terlalu teruja setelah melihat kertas – kertas iklan promosi jualan barangan yang beraneka warna. Muadz baru sahaja berumur 7 bulan kini cukup aktif mencapai apa sahaj yang menguja matanya.
Kertas – kertas iklan sering kali menarik perhatianya. Boleh dikatakan hampir setiap hari kertas – kertas iklan disisipkan di celahan pintu pagar, dan peti surat rumah kami. Bagi saya ia menambahkan lagi jumlah penghasilan kertas yang mengotorkan kawasan taman perumahan.
Di dalam kertas iklan tertulis promosi jualan HARI RAYA, RAMADHAN BIG SALE serta jualan RUNTUH. Barangan yang dijual berupa perabot, set tempat makan, dapur dan set tempat tidur dijual pada harga yang paling murah dan memberangsangkan.
Apa yang saya dapat simpulkan bahawa, seolah – olah bulan – bulan kemuliaan Islam kini dikomersialkan. Iklan – iklan ditaburkan kepada pengguna untuk membeli barangan secara rakus. Imej kemuliaan dan kesederhanaan yang dianjurkan oleh Islam kian tercalar dengan promosi yang agak keterlaluan menjajah nama bulan – bulan kemulian Islam ini.
Apa yang mengkhuatirkan kita, mungkin suatu hari nanti anak – anak kecil kita akan lebih mengenali bulan – bulan kemuliaan Islam sebagai bulan membeli belah, membeli barangan dan menukar perabot rumah. Kita harus mempertahankan kesucian bulan ini dari dikomersialkan atas nama keuntungan semata – mata.

No comments:
Post a Comment