Ribut Pasir Di Malaysia


‘Ribut Pasir di Malaysia’ sejak akhir – akhir ini timbul isu pencemaran yang berlaku disebabkan oleh aktiviti perlombongan pasir sungai. Isu mengenai pengambilan atau perlombongan pasir ini memang sudah berlaku sejak dahulu lagi. Samada ia dilakukan secara haram atau tidak ia banyak memberi implikasi yang besar terhadap alam sekitar. Kebanyakan pasir sungai yang diambil adalah untuk tujuan pembangunaan dan bahan binaan. Pengambilan pasir secara berleluasa di kawasan dasar sungai sudah pasti akan memberi implikasi yang buruk terhadap alam sekitar. Antara kesannya adalah seperti berikut :-
1. Gangguan hidupan akuatik seperti ikan dan udang.
2. Kualiti air terjejas dengan peningkatan pepejal terampai.
3. Hakisan tanah pinggir sungai
4. Perubahan bentuk morfologi sungai.
5. Perubahan arah aliran sungai.
Oleh itu, bagi mengawal aktiviti pengambilan pasir ini langkah – langkah yang lebih cermat haruslah diambil ini termasuklah :-
1. Mengadakan penilaian impak terhadap aktiviti tersebut kepada alam sekitar
2. Mengadakan plan pengurusan biodiversiti bagi memastikan projek ini dapat mengekalkan biodiversiti dikawasan tersebut daripada dimusnahkan.
3. Mengadakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar dikawasan tersebut agar setiap aktiviti yang dilakukan dapat dilakukan dengan cara dan kaedah terbaik bagi mengurangkan impak alam sekitar.
4. Penguatkuasaan terhadap projek perlombongan pasir ini hendaklah dilaksanakan dengan cara dan kaedah yang lebih canggih dan bersistem. Penggunaan sistem GIS dan kawalan jarak penampan dengan menggunakan sensor yang canggih harus diaplikasikan.
Isu – isu alam sekitar seharusnya tidak dijadikan isu sensasi politik ia harus ditangani secara pentadbiran,teknikal dan penguatkuasaan yang lebih baik.

2 comments:

smtabi'in said...

itu kiranya pasir sungai yang direrokai tuan... bagaimana halnya dengan pasir darat? yang semakin hari semakin sensasi dek kerana melibatkan tokoh tokoh politik semasa masa kini?????

AmaN said...

Ya, isunya sama juga .... tidak kira pasir sungai,laut dan darat.Cuma di tambah dengan kuasa ghaib politik. Lantaran, politikus mengaulkan politiknya dalam hal melibatkan 'governance' atau 'urus tadbir' maka jadi porak peranda jadinya. Akhirnya, alam terus binasa, politik bermaharaja lela. Oleh itu, politik harus dihindari. Tapi ada yang cuba mengikut langkah barat menggunakan isu alam sekitar untuk kemenangan politik. So kesimpulanya A + B = -1.