Alhamdulilah Ramadhan kini menjelma lagi, semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita meneruskan amal dan ibadah di bulan ini. Kuatkan azam untuk memanfaatkan setiap saat yang dilalui dibulan ini dengan perkara bermanfaat. Mana tahu kita tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun akan datang. Kerana setiap insan akan pasti DIJEMPUT PULANG KE SANA! Sebagai insan yang lemah dhaif dan miskin hati ini marilah kita perbanyakan doa dan zikir kepada Allah SWT.
Ramadhan begini teringat arwah bapa yang begitu rajin dan aktif ke masjid dan surau. Ada ketikanya arwah bangun awal sahur dan bingkas bergegas ke masjid dan surau untuk melaungkan azan subuh. Ramadhan adalah bulan tarbiyah Jiwa. Semoga kita dapat melaksanakan proses pencerahan jiwa selama sebulan dan menjadikan jiwa dan hati kita sentiasa kuatdalam mengharungi pancaroba kehidupan ini.
1 comment:
ramadhan mengundang nostalgia....
Post a Comment