Muhasabah Ramadhan



Apa yang ada jarang di syukuri,
Apa yang tiada sering dirisaukan,
Nikmat yang dikecap baru kan terasa,
Bila hilang apa yang di buru ,
timbul rasa jemu,
bila sudah di dalam gengaman,

Dunia ibarat air laut,
Di minum hanya menambah haus,
Nafsu bagaikan fatamorgana dipadang pasir,

Panas yang membahang, Di sangka air,
Dunia dan Nafsu bagaikan bayang- bayang,
Di lihat ada di tangkap hilang,

Tuhan Leraikanlah dunia,
Yang Mendiam Di dalam hati ku,
Kerana disitu tidak ku mampu,
Mengumpul dua cinta,

Hanya Cinta mu
ku Harap tumbuh

Bulan dapat bonus ...



Bulan dapat bonus

Bulan ramadhan datang lagi jutaan rahmat Allah swt menghiasi bulan ini. Untuk para hambanya yang sedar dan insaf akan tanggungjawab sebagai khalifah Allah swt.

Bagi mereka yang bekerja di sektor awam, bulan ini adalah bulan mendapat bonus ganjaran separuh bulan gaji. Namun dengan ganjaran bonus itu jangan lah kita lupa akan ganjaran bonus yang jutaan ganda lebih besar dari oleh Allah swt.

Buatlah sebanyak amal yang kita mampu lakukan dari sedekah berupa senyuman, sedekah di masjid, mengutip sampah dijalanan, mengembirakan orang tua dan ibu dan bapa.

Sehinggalah dengan memperbanyakan zikir, solat sunat dan bacaan Al Quran semuanya akan diganjari oleh Allah swt dengan ganjaran yang besar.

Ramadhan kali ini tanpa Bapa, pergi buat selamanya.....
Namun didikan mu masih terus meresap di dalam kalbu .....
Amal baik mu menabur budi di sepanjang jalan hidup.....

Menjadi kenangan penguat azam anak – anak mu....
untuk melakar hidup dengan lebih matang .......

Menjadi kekuatan untuk ku untuk terus melangkah lebih gagah ....
Semangat perjuanganmu akan aku warisi ...

Moga Allah swt ampunkan dosa – dosa mu....
Di tempatkan dikalangan orang – orang yang solleh...

Muhasabah Ramadhan


Perkukuh tekad dan azam perjuanganmu!

Ramadhan kali ini sudah pastinya berbeza bagiku, tapi yang beza hanyalah kondisi yang aku miliki…. Tetapi amalku amat sedikit , berbanding kurniaanya, apakah aku ingin terus pada prestasi tidak menentu yang kadangkala menjunam dan mendatar selalu, Ya Allah bangkitkan keazamanku…

Moga ALLAH permudahkan segala urusanku….