Tanggunggjawab yang ada lebih banyak daripada masa yang kita miliki

Meniti hidup yang semakin mencabar ini banyak krisis dan masalah yang berlaku disekitar kita tumbuh dengan pantas, cepat dan berkembang. Aliran – aliran pemikiran yang mengelirukan juga semakin betambah manakala gejala sosial, kurafat, sekular, liberal semakin berevolusi mengikut peredaran semasa.

Haruskah kita berpeluk tubuh, merenung dan menggeleng kepala sebagai reaksi terhadap apa yang berlaku. Bila sahaja menonton TV, mendengar radio, membaca suratkhabar seolah – olah banyak yang kita perlu lakukan. Kecelaruan di dunia kini terlalu banyak kiri, kanan, depan dan belakang semuanya sebagai cabaran dalam kehidupan menguji prinsip dan keimanan diri.

Tanggungjawab kita sebagai belia, sebagai pemuda, sebagai pekerja, sebagai anak, sebagai muslim harus dilaksana dengan sebaik mungkin. Berfungsi dan beraksilah dengan baik dengan apa yang anda miliki. Imam As Syahid hassan Al Banna pernah menggungkapkan “Sebenarya Tanggungjawab yang kita miliki lebih banyak daripada masa yang kita ada”.

No comments: