Berjuang dan Berkorban


Sambutan Aidiladha mempunyai makna yang tersirat dan tersurat. Islam merupakan suatu cara hidup yang cukup komprehensif, kekal relevan sehingga hari kiamat kelak. Oleh itu apa sahaja yang terkandung dalam ajaran Islam mempunyai kaitan yang amat rapat dalam kehidupan manusia. Sambutan hari raya Aidil Adha mempunyai makna – makna yang tersurat yakni yang boleh di fahami dan dilihat secara langsung oleh kebanyakan orang.


Sambutan hari Raya Aidil Adha adalah simbol kemenangan umat Islam yang dengan hati yang jernih, tulus dan ikhlas mengerjakan haji sebagai prasyarat Muslim yang ke lima. Dengan segala rukun , dan tertibnya umat Islam mengerjakan haji dengan penuh rasa tawadhuk mensucikan diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sambutan hari Raya Aidil Adha juga membawa makna – makna yang tersirat yang perlu dipelajari, difahami dan diambil pengajarannya. Ia tidak akan mempu dilihat sekiranya tiada usaha untuk mengupas mesej dan pengajaran yang boleh diambil dalam konteks sirah. Kisah Pengorbanan Nabi Ismail dan Ketaatan Nabi Ibrahim dalam peristiwa korban mengandung makna dan pengertian yang mendalam untuk di teladani oleh umat Islam.

Nabi Ibrahim mempunyai watak sabar, taat akan suruhan Allah swt dan seorang ayah yang penyayang. Manakala Nabi Ismail pula seorang anak yang soleh, taat akan perintah Allah, berani dan sabar menghadapi segala dugaan.


Perayaan – perayaan hari kebesaran Islam nampaknya masih kurang dari pengisianya didalam konteks masyarakat Islam hari ini. Pengisian ilmu untuk mengupas makna yang tersirat dan tersurat di sebalik peristiwa besar perayaan Islam seharusnya di jalankan dengan penuh rancak. Dalam konteks keluarga apa yang kita perlu isikan untuk anak – anak kita dalam menyambut perayaan kebesaran Islam.

Bapak Muhamd Natsir - Hati Nurani Umat


Jam menunjukan pukul 6.45 pagi, selepas menunaikan solat subuh aku menyempatkan diriku untuk membaca kompilasi ucapan Bapa Mohamad Natsir seorang aktivis umat yang cukup terkenal di alam melayu. Buku yang diterbitkan oleh WADAH Pencerdasan Umat ini suatu yang amat bernilai bagiku. Bapa Muhamad Natsir digelar sebagai “hati nurani umat” kerana benar – benar memahami kepelbagaian sosio politik masyarakat Islam di alam melayu pada zamanya.
Semasa di Universiti dahulu tatkala mengetuai sebuah pertubuhan pelajar, aku dan teman – teman pernah menganjurkan program Seminar Pemikiran Bapak Muhamad Natsir. Sebelum bercadang menganjurkan program seminar tersebut, aku membuat sedikit kajian pembacaan mengenai tokoh ini. Aku mencari dan membaca semua tulisan dan ulasan – ulasan mengenai pemikiran beliau.


Sebelum diberi kelulusan untuk mengadakan program seminar ini, pelbagai cabaran yang kami hadapi. Itulah saat – saat pahit dan manis yang perlu kami tempuhi. Namun berbekal kekuatan fakta, data dan maklumat yang kami miliki kami dibenarkan meneruskan program ini. Malahan semasa di Universiti kami lah satu – satunya, petubuhan pelajar yang banyak mengadakan program dan wacana pemikiran tokoh - tokoh Islam.

Aku mendapati pemikiran dan sumbanganya cukup besar pada umat Islam di Indonesia dan Malaysia. Bapa Muhamad Natsir tidak pernah menolak mana – mana ilmu yang datang dari timur mahupun barat. Malah bagi beliau mana – mana ilmu yang bermanfaat seharusnya di ambil manfaat darinya.

Usai membaca , aku bergegas mempersiapkan diri ku, untuk menunaikan tugas seharianku.
Mesej untuk teman – teman : buku ini sekali lagi menjadi teks wajib untuk saudara!

Banjir dan Hikmahnya


Banjir merupakan suatu fenomena alam yang sering berlaku di Malaysia. Namun sejak akhir - akhir ini kejadian banjir semakin bertambah dan memberi impak terhadap kawasan - kawasan yang sebelum ini dianggap 'kalis banjir'. Walaubagaimanapun keadaan banjir sebenarnya membawa bersama sisi positif yang perlu ditafsir dengan penuh makna.

Ungkapan api ketika kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan , juga boleh disinonimkan dengan air. Air ketika sedikit boleh menjadi teman apabila besar dan banyak boleh memusnahkan kehidupan manusia.

Air dari segi saintifikinya terbentuk dari 2 molekul atom hidrogen dan 1 molekul atom oksigen, merupakan salah satu unsur terpenting di alam ini. Ia merupakan sumber kehidupan yang harus dihargai. Dengan air manusia hidup ,amalah lebih dari 70 % komposisi tubuh manusia di penuhi dengan H2O.

Kejadian banjir adalah tanda - tanda kecil peringatan Allah untuk hambanya. Tragedi banjir ini mengingatkan saya nukilan novel Shanon Ahmad "Revolusi Yang Di Tangguhkan" seolah - olah alam ini sedang menanti bila saat nya manusia akan digulung di dalam gelombang air yang tidak tertahan hebatnya. Disebabkan keangkuhan jiwa manusia yang selalu merasa besar , walau hakikatnya terlalu kerdil.

Moga - moga keinsafan dan ketaqwaan kita akan bertambah - tambah di atas bencana alam yang datang menimpa ini. Ya Allah , Ampunkan Dosa - Dosa Kami , Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa Akan Setiap Sesuatu.