Kemewahan Duniawi : Antara Kurnia dan Pesona



Kemewahan punyai sisi positif dan negatif dalam kehidupan manusia. Menangapinya sebagai suatu "kurnia Illahi" perlu di jadikan sandaran untuk meningkatkan rasa penghambaan kepada Allah.

Dalam sejarah kehidupan manusia, kehancuran sesebuah tamadun bermula apabila sesuatu umat menjadikan harta kemewahan sebagai pesona kehidupan yang akhirnya melalaikan untuk menunaikan amanah dan kewajipan terhadap Allah SWT. Mereka lalai dari mematuhi perintah dan larangan Allah SWT. Mereka menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan mereka.

Akhirnya mereka berlaku zalim terhadap kaumnya sendiri, kerana mengangkat kedudukan manusia berharta mewah sebagai pimpinan dan hilangnya prinsip dan nilai ketaqwaan yang menjadi dasar dalam kehidupan mereka.

Semoga menjadi renungan kepada kita .... beramal seakan - akan engkau akan mati esok hari , bekerja seolah - olah akan hidup seribu tahun lagi.

Moga ramadhan menemukan kita terhadap cinta yang hakiki cinta pada Illahi.

1 comment:

tasurrun_nazirin said...

Ramdhan kali ini, umi berpeluang membedah buku bertajuk"Kisah Rumahtanga Rasulullah'..ada diceritakan ttg Sistem Kekhalifahan Islam yang bertukar corak apabila Muawiyah memegang tampuk pemerintahan, kekayaan empayar di bahagi2 sesama kroni..bukan kepada golongan yg berhak seperti yang dilakukan oleh khalifah2 sebelumnya..sehinga datang pula pimpinan Khalifah Umar bin Aziz, semua dipulangkan semula kepada yang hak...