Ujian, Nikmat dan Syukur



Dalam kehidupan ini kita akan sentiasa di uji dengan pelbagai ujian dan rintangan. Allah menjadikan ujian kepada setiap umatnya untuk menguji keimanan. Sejauh mana ia benar – benar beriman. Kerana iman hanya akan tebukti kekuatanya apabila diuji dengan ujian.

Menulusuri sirah perjuangan Rasullah SAW menunjukan kepada kita betapa banyak ujian yang telah di tempuh oleh baginda Rasullah SAW. Para sahabat diuji dengan pelbagai ujian berupa peperangan semasa bulan Ramadhan. Namun hati yang cekal dan kekuatan iman dapat mencetus revolusi luaran yang akhirnya dapat menyebarkan nur Islam di seluruh pelosok dunia sehingga ke hari ini.

Setiap orang akan di uji dengan pelbagai ujian sama ada dikala senang ataupun susah. Ramai orang menyangka bahawa kesenangan itu sebagai suatu keindahan dalam hidup semata – mata. Tidak ramai yang melihatnya sebagai ujian. Ujian untuk kita menjadi orang yang mengenang akan nikmat kurniaan Allah SWT. Mengenang dalam erti kata melahirkan keinsafan untuk menghargai setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Ya Allah, jadikan lah kami hamba – hamba mu yang bersyukur.

No comments: