Rencana bulan mac 2009




Bagi bulan Mac 2009, empat artikel di siarkan didalam dua majalah iaitu Forward dan Milineamuslim. Saya cuba membawa beberapa perkara untuk renungan dan tatapan bersama.

MilineMuslim – Boikot Gaya Hidup Tajaan Yahudi
MilineaMuslim – Teknologi Cam Bau Kesan Pencemaran
MilineaMuslim – Pertubuhan Alam Sekitar Rakan Kongsi Dalam Pembangunan
Forward Magazine – The Prospect of composting in Oil Palm and Paddy Industries.
http://mileniamuslim.com.my/
http://forwardmagazine.com.my/V2/

Dapatkan dari kedai majalah dan buku yang terdekat.

Memahami Keutamaan


Keutamaan di dalam kehidupan muslim’ adalah suatu tema yang amat penting untuk dibincangkan. Bahkan antara ciri – ciri kejayaan sesuatu umat adalah dengan melaksanakan keutamaan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Keutamaan berkait rapat dengan masa.

Kegagalan kita menguruskan masa untuk sesuatu perkara bermakna kita gagal melaksanakan keutamaan – keutamaan di dalam hidup. Orang yang memahami keutamaan dalam kehidupanya akan mampu menyusun kehidupnya dengan cemerlang. Baik dalam konteks kerja, bermasyarakat, berkeluarga atau dalam muamalat seharian.

Dr.Yusuf Al Qardhawi dalam bukunya Fiqh Awlawiyat banyak menjelaskan keutamaan – keutamaan yang perlu dibuat bagi seseorang muslim. Ini termasuklah dalam ibadah seharian.

Mengapa umat Islam harus punya ilmu menguruskan keutamaan dalam kehidupan ? Ia adalah bertitik dari tiga persoalan pokok utama :-

Kehidupan manusia yang serba mencabar dengan hal – hal keduniaan.
Manusia kehilangan fokus dengan cabaran dalam kehidupan seharian
Manusia keliru menentukan keutamaan mana yang perlu di segerakan mana yang boleh dilakukan. (mana yang fardhu, sunat, harus, makruh dan mubah).

Untuk memahami keutamaan, kita harus punya kemahiran mengurus keutamaan. Mengurus keutamaan juga adalah salah satu mekanisme untuk kita melakukan ’calibration’ cara berfikir. Ia memandu kita bagaimana mengurus kehidupan dengan baik dan sentiasa berhati – hati.

Sebagai langkah pertama, mari kita senaraikan semua tugas yang perlu kita lakukan hari ini.

Buat empat kolum di tepi sebelah kanan dengan setiap kolum dengan tajuk Penting, Kurang Penting, Segera, Tidak Segera.

Lepas itu tandakan (/) bagi perkara mengikut pilihan keutamaan mengikut kolum. Buatlah perbandingan mana suatu yang perlu diutamakan.

Sungai Tercemar !!



Gambar ini diambil di sekitar kawasan Sungai Petani.

Dahulu perkembangan sesebuah tamadun banyak bergantung kepada sungai sebagai jalan perhubungan utama
kini sungai menjadi tong sampah besar bagi segelintir masyarakat.

Paradigma baru kawalan pencemaran

Tiba sekitar pukul 5.00 pagi di terminal Shahab Perdana Alor Star. Saya memilih untuk berehat sebentar di tingkat satu terminal sambil melayari internet broadband komputer riba.

Sempat meneliti pergolakan politik semasa yang kadang kala agak membosankan. Terlalu banyak politiking yang berlaku di Malaysia. Benar kata roomate saya semasa kursus di EiMAS “.....rakyat mahu kerja, nak sara anak bini, nak kasi sekolah anak , pemimpin melayu asyik politik - politik dan politik”. Rakyat sudah muak muak muak.

Saya sempat menyiapkan ringkasan mengenai pengendalian alat Opacity Meter di dalam laman blog www.teknologialam.blogspot.com. Kesimpulan penting yang saya dapati dalam menjalankan tugas bagi meningkatkan kecekapan pengawalan alam sekitar adalah keperluan ’ilmu dan kepakaran’.

Pelepasan asap hitam ke udara dari ribuan corong – corong kilang di seluruh negara boleh dikawal andainya pegawai yang melakukan penguatkuasaan mempunyai ilmu dan kepakaran, manakala operator kilang mempunyai kemahiran yang betul dalam melakukan penyelenggaraan sistem kilang.

Mungkin ada yang berpandangan kerja – kerja penguatkuasaan alam sekitar suatu tugas yang remeh dan tidak memberi kepuasan. Hakikatnya bidang ini penuh dengan cabaran dan sentiasa berhadapan dengan penggunaan teknologi tinggi dalam penyelesaian masalah alam sekitar termasuklah teknologi nano. Penyiasatan alam sekitar berkait rapat dengan kaedah analisis saintifik yang lebih realiti bukan sekadar suatu kajian akademia. Oleh itu kerja – kerja penyiasatan perlu dilaksanakan oleh mereka yang memahami dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

Jestru itu. paradigma baru dalam pengawalan pencemaran alam sekitar di Malaysia perlu dilaksanakan dengan berlandaskan ilmu dan kepakaran.

Mengukur Kepekatan Pelepasan Gas : Idea Ringkas, Mudah dan Inovasi ?

Gas boleh hadir dalam keadaan asap, wap dan apa jua warnanya. Bagaimanapun tugas untuk mengukur kepekatanya agak sukar. Ada yang memberi cadangan untuk menggunakan Isokinetic Sampling. Namun pendekatan ini amat jauh payah dan sukar sekali untuk dilaksanakan. Oleh itu ada kaedah mudah dan lebih baik dengan hanya berkonsepsikan idea ringkas, mudah dan berinovasi.

Teruskan menunggu untuk tulisan yang seterusnya...

EiMAS, UKM 11.36 PM

Kebakaran di Australia dan Jerebu di Utara Malaysia.


Sepanjang minggu ini keadaan sedikit berjerebu di sekitar Kedah. Ada beberapa perkara yang mungkin menyebabkan hal ini berlaku.

Pada minggu lepas dilaporkan ada satu tapak pelupusan sisa pepejal yang terletak di sebuah daerah di selatan Kedah terbakar. Ia kemungkinan berpunca daripada persekitaran yang agak panas di ketika ini. Untuk maklumat terkini mengenai ‘Indeks Pembakaran’ boleh layari laman web ini http://www.met.gov.my/malay/perkhidmatan/iklim/fdrs.html

Dalam kes di Kedah, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal menghasilkan gas metana CH4 yang berpotensi untuk terbakar dengan sendirinya dengan kehadiran agen oksigen, suhu dan bahan bakar.

Dalam masa yang sama dilaporkan juga terdapat beberapa kebakaran di Sumatera yang menyebabkan pergerakan rentas benua partikel terampai (PM10) di udara.

Kebakaran di Australia menunjukan ‘Indeks Pembakaran’ di wilayah tersebut agak tinggi dan ini menyebabkan berlakunya kebakaran besar.

Dalam konteks yang lain petanda pemanasan global semakin meningkat. Laporan inventori menunjukan peningkatan aras CO (2006-2007) di Malaysia sebanyak 20%. Yang pasti hampir 27 juta rakyat Malaysia belum peka tentang situasi yang berlaku dipersekitaran mereka walaupun sejauh 100 meter radius dari kedudukan mereka.

Minggu ini saya berada di Institut Alam Sekitar Malaysia bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengikuti kursus Pengendalian Transmisometer. Kursus ini berlangsung pada 16 – 20 Februari 2009 selama lima hari. Kursus ini akan dikendalikan dibawah unit kejuruteraan Pencemaran Udara.

Perspektif baru pengurangan sisa pepejal

Font sizeMinggu ini saya telah menyiapkan beberapa artikel ringkas mengenai isu pengurusan sisa pepejal. Pada hemat saya cabaran pengurusan sisa pepejal amat kompleks. Ini kerana ia berhadapan dengan 3 cabaran besar iaitu (1) Kos pengurusan, pelupusan dan penyelengaran sistem teknikal (2) melibatkan perundangan dan polisi (3) Sikap masyarakat. Saya memikirkan bagaimana Islam memberi penyelesaian terhadap persoalan ini. Islam amat mementingkan soal kebersihan dan tanggungjawab menjaga alam sekitar .

Pemanasan global yang berlaku pada ketika ini juga disumbangkan daripada peningkatan sisa pepejal, Sisa pepejal yang dihasilkan oleh seluruh penduduk dunia dalam masa 1 hari bersamaan dengan 77,404 buah pesawat boeng 747-400 atau lebih besar dari isipadu gunung jerai di Kedah.

Ini bermakna akan wujud persaingan untuk mendapatkan ‘ruang’ antara manusia dan ‘sampah’ akan bertambah. Amalan lama hanya menekankan konsep ‘pelupusan’ sisa pepejal fokus kini diberikan terhadap ‘pengurangan’ sisa pepejal. Saintis dan jurutera telah menjalankan penyelidikan ke arah mencapai matlamat ini. Ini termasuklah memberikan penekanan terhadap ‘penilaian kitar hayat’ yang menjadi pemangkin terhadap pembentukan produk baru bagi pengurangan sisa.

Saya agak kagum mendengar temu bual dengan diplomat Iran di radio IKIM. Ribuan doktor, saintis dan jurutera muslim telah berjaya dilahirkan di Iran. Sehingga kini mereka telah mampu mencipta roket satelit ke angkasa lepas. Ini sedikit mengerunkan Setiausaha Pertahanan Britain yang baru – baru ini menzahirkan rasa kurang senang terhadap pelancaran roket Iran ke angkasa lepas. Pada hemat saya dasar pandang ke Iran dalam konteks teknologi harus di ambil kira dalam persiapan negara untuk mencapai status negara ‘maju’ 11 tahun dari sekarang !

Hamba abdi zaman moden mungkinkah ada ?



Di zaman dahulu kala hanya ‘hamba abdi’ sahaja yang dijual beli. Ini melambangkan darjatnya yang rendah dan tidak setaraf dengan manusia yang lain pada zamanya. Yang membeli hamba abdi di panggil ’saudagar’. Hamba abdi umpama robot yang mampu di arah untuk buat apa sahaja dalam kehidupan seorang yang bergelar tuan atau saudagar.Saudagar kain, unta, kapas dan candu punya wang yang banyak untuk membeli hamba abdi sebagai kuli. Pembuat jalan kereta api, pembuat bangunan, buruh kilang dan lombong itu semua pekerjaan asal bagi hamba abdi


Hidup sebagai hamba abdi tidak pernah menang, asyik kalah terus menerus. Emosinya sentiasa terganggu, mindanya lemah dan hidupnya goncang. Saudagar kerjanya tawar menawar beli hamba itu beli hamba ini untuk memajukan perdaganganya dan mengukuhkan empayar daganganya .... ada duit semua boleh beli bukan susah...Dizaman moden hamba abdi jugak wujud. Mungkin bayaranya lagi lumayan dizaman dahulu kala... yang penting saudagar punya wang miliyar – miliyar jumlah nya.... semuanya boleh dibeli semuanya bisa dicatur.

Perihal pengurusan sekolah


Semalam saya berkesempatan berbicara dengan seorang Pengetua sekolah mengenai isu pentadbiran sekolah, disiplin dan akademik pelajar. Jelas Pengetua, sekolah harus di tadbir dengan ciri – ciri organisasi yang baik terutama dalam pengurusan wang.
Beliau menyebutkan penghapusan yuran SPM dan PMR suatu yang kurang wajar kerana ia mempunyai nilai intrinsik yang tinggi untuk di semai dikalangan masyarakat khususnya ibu bapa. Walau tindakan ini dilihat baik namun ada pro dan kontranya. Sesuatu keputusan perlu di ubah suai untuk kemudahan dan keadilan semua pihak. Pengetua ini tegas dan berani dalam soal disiplin, walau terpaksa berhadapan dengan risiko dan ancaman luar. Prinsipnya tegas, terang dan berani. Syabas cikgu !

Seminar Penilaian Kitar Hayat – [Life Cycle Assessment] anjuran AMREX SIRIM


Seminar tentang LCA telah berlangsung di Kulim. Seminar ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada agensi awam dan industri untuk mengimplementasikan LCA dalam perkhidmatan dan penghasilan produk. Sebanyak sepeuluh pembentangan di buat , 5 daripadnya di sampaikan oleh wakil daripada Jepun termasuk Prof. Inaba.

Saya akan menuliskan maklumat lengkap mengenai LCA di dalam http://teknologialam.blogspot.com/ di hujung minggu ini.

Apa yang menariknya 4 daripada pembentang dari jepun menggunakan bahasa jepun dalam pembentangannya dengan di bantu oleh seorang penterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Kesemua pembentang dari Malaysia menggunakan bahasa inggeris dalam pembentanganya, ada yang merangkak – rangkak dan tidak kurang juga yang memberikan penyampaian seperti seorang pembaca berita.

Walau apa pun jua Alhamdulilah LCA sesuatu pendekatan yang agak menarik. Ia amat mudah dibuat namun agak sukar diimplementasikan di Malaysia disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ia memerlukan dukungan dalam bentuk polisi kerajaan dalam memacu industri untuk melaksanakanya. Kekurangan data dan maklumat untuk menyebabkan kekangan untuk melaksanakanya dalam masa yang singkat.