Minggu ini saya telah menyiapkan beberapa artikel ringkas mengenai isu pengurusan sisa pepejal. Pada hemat saya cabaran pengurusan sisa pepejal amat kompleks. Ini kerana ia berhadapan dengan 3 cabaran besar iaitu (1) Kos pengurusan, pelupusan dan penyelengaran sistem teknikal (2) melibatkan perundangan dan polisi (3) Sikap masyarakat. Saya memikirkan bagaimana Islam memberi penyelesaian terhadap persoalan ini. Islam amat mementingkan soal kebersihan dan tanggungjawab menjaga alam sekitar .
Pemanasan global yang berlaku pada ketika ini juga disumbangkan daripada peningkatan sisa pepejal, Sisa pepejal yang dihasilkan oleh seluruh penduduk dunia dalam masa 1 hari bersamaan dengan 77,404 buah pesawat boeng 747-400 atau lebih besar dari isipadu gunung jerai di Kedah.
Ini bermakna akan wujud persaingan untuk mendapatkan ‘ruang’ antara manusia dan ‘sampah’ akan bertambah. Amalan lama hanya menekankan konsep ‘pelupusan’ sisa pepejal fokus kini diberikan terhadap ‘pengurangan’ sisa pepejal. Saintis dan jurutera telah menjalankan penyelidikan ke arah mencapai matlamat ini. Ini termasuklah memberikan penekanan terhadap ‘penilaian kitar hayat’ yang menjadi pemangkin terhadap pembentukan produk baru bagi pengurangan sisa.
Saya agak kagum mendengar temu bual dengan diplomat Iran di radio IKIM. Ribuan doktor, saintis dan jurutera muslim telah berjaya dilahirkan di Iran. Sehingga kini mereka telah mampu mencipta roket satelit ke angkasa lepas. Ini sedikit mengerunkan Setiausaha Pertahanan Britain yang baru – baru ini menzahirkan rasa kurang senang terhadap pelancaran roket Iran ke angkasa lepas. Pada hemat saya dasar pandang ke Iran dalam konteks teknologi harus di ambil kira dalam persiapan negara untuk mencapai status negara ‘maju’ 11 tahun dari sekarang !

3 comments:
Bagi saya, sikap masyarakat merupakan cabaran besar pengurusan sisa pepejal secara lestari.. Isu di Broga misalnya menunjukkan betapa sesebuah teknologi itu masih sukar diterima atas nama pembaharuan walaupun Incinerator sudah digunakan secara meluas di negara maju hatta di Singapura. Walaubagaimanapun sistem pelupusan sampah di Malaysia amatlah tidak terurus bermula dari pengasingan sisa pepejal seawal dari rumah lagi.. sisa pepejal dilonggokan tanpa pemisahan seperti yang disyorkan oleh kerajaan : kertas; kaca; tin. Maka tidak hairanlah Malaysia masih tidak mampu mencecah peratusan 5% kadar kitar semula negara.. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat perlu mengalami anjakan paradigma ke arah menghargai perspektif baru pengurusan sisa pepejal secara lestari.. Alhamdulillah secara peribadi, saya telah menjalankan kempen terhadap diri dan keluarga saya dalam mengurus sisa ini, antaranya menggunakan bag sendiri ketika membeli belah dan mengasingkan sisa pepejal di rumah.. insyaallah sama-sama kita amalkan..
Terima kasih di atas komen saudara .Jadikan Sampah musuh no.1 kita !
Saya juga bersetuju dengan cabaran2 yg dikemukakan oleh penulis..dan saya juga berpendapat bahawa sikap masyarakat merupakan cabaran terbesar dalam pengurusan sisa pepejal.Berdepan dengan makhluk hidup yg mempunyai perasaan/emosi dan akal fikiran menjadikan ianya lebih sukar dalam mengubah persepsi bahawa pengurangan sisa adalah tanggungjawab bersama...masyarakat msh lg dibelenggu dgn sikap 'NIMBY'(not in my backyard)...mungkin pendekatan melalui perspektif Islam boleh diterapkan terutama kpd golongan muslim.....InsyaAllah..
Post a Comment