Sepanjang minggu ini keadaan sedikit berjerebu di sekitar Kedah. Ada beberapa perkara yang mungkin menyebabkan hal ini berlaku.
Pada minggu lepas dilaporkan ada satu tapak pelupusan sisa pepejal yang terletak di sebuah daerah di selatan Kedah terbakar. Ia kemungkinan berpunca daripada persekitaran yang agak panas di ketika ini. Untuk maklumat terkini mengenai ‘Indeks Pembakaran’ boleh layari laman web ini http://www.met.gov.my/malay/perkhidmatan/iklim/fdrs.html
Dalam kes di Kedah, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal menghasilkan gas metana CH4 yang berpotensi untuk terbakar dengan sendirinya dengan kehadiran agen oksigen, suhu dan bahan bakar.
Dalam masa yang sama dilaporkan juga terdapat beberapa kebakaran di Sumatera yang menyebabkan pergerakan rentas benua partikel terampai (PM10) di udara.
Kebakaran di Australia menunjukan ‘Indeks Pembakaran’ di wilayah tersebut agak tinggi dan ini menyebabkan berlakunya kebakaran besar.
Dalam konteks yang lain petanda pemanasan global semakin meningkat. Laporan inventori menunjukan peningkatan aras CO (2006-2007) di Malaysia sebanyak 20%. Yang pasti hampir 27 juta rakyat Malaysia belum peka tentang situasi yang berlaku dipersekitaran mereka walaupun sejauh 100 meter radius dari kedudukan mereka.
Minggu ini saya berada di Institut Alam Sekitar Malaysia bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengikuti kursus Pengendalian Transmisometer. Kursus ini berlangsung pada 16 – 20 Februari 2009 selama lima hari. Kursus ini akan dikendalikan dibawah unit kejuruteraan Pencemaran Udara.
3 comments:
Salam Aman,
Boleh dikatakan hampir seluruh bahagian pantai barat semenanjung mengalami fenomena jerebu ini- puncanya (sumber media massa) kebakaran hutan di Sumatera. Melaka misalnya, tahap visibility ialah 6km, index pencemaran udara minggu lepas juga sekitar kurang 100- moderate air quality. Isu jerebu bukanlah isu yang asing di Malaysia.. dalam konteks jangka pendek, amatlah wajar dan kena pada masanya pihak JAS menyarankan agar masyarakat tidak melakukan pembakaran terbuka demi untuk tidak merumitkan lagi keadaan sedia ada. Fenomena ini merupakan suatu fenomena yang bersifat regional yang dilihat seakan sukar untuk mengawalnya kerana faktor geopolitik. Di samping meningkatkan kesedaran masyarakat dari aspek moral, kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan mereka juga perlu ditingkatkan, masih ramai yang memandang enteng kesan jerebu terhadap kesihatan mereka dan keluarga...
Ya, terima kasih saudara jere syakir .
Kami di Kedah aturkan beberapa siri taklimat kepada para petani tentang pembakaran jerami padi yang terus berlaku saban tahun. Macam - macam karenah petani bila di nasihatkan untuk mengawal pembakaran terbuka....:)
Dalam konteks pencemaran rentas benua, Singapura yang paling keras mengecam negara - negara yang menjadi penyebab berlakunya jerebu di sebelah asia tenggara...
Teringat saya bila menjadi penolong pengurus di Sime Darby dulu.. cabaran membangunkan kesedaran para buruh di ladang tentang Keselamatan, Kesihatan dan alam sekitar (ESH)... sebagai perkongsian, mungkin Aman boleh baca di link ni..
http://misyakir.blogspot.com/2007/06/just-do-it.html
Post a Comment