Paradigma baru kawalan pencemaran

Tiba sekitar pukul 5.00 pagi di terminal Shahab Perdana Alor Star. Saya memilih untuk berehat sebentar di tingkat satu terminal sambil melayari internet broadband komputer riba.

Sempat meneliti pergolakan politik semasa yang kadang kala agak membosankan. Terlalu banyak politiking yang berlaku di Malaysia. Benar kata roomate saya semasa kursus di EiMAS “.....rakyat mahu kerja, nak sara anak bini, nak kasi sekolah anak , pemimpin melayu asyik politik - politik dan politik”. Rakyat sudah muak muak muak.

Saya sempat menyiapkan ringkasan mengenai pengendalian alat Opacity Meter di dalam laman blog www.teknologialam.blogspot.com. Kesimpulan penting yang saya dapati dalam menjalankan tugas bagi meningkatkan kecekapan pengawalan alam sekitar adalah keperluan ’ilmu dan kepakaran’.

Pelepasan asap hitam ke udara dari ribuan corong – corong kilang di seluruh negara boleh dikawal andainya pegawai yang melakukan penguatkuasaan mempunyai ilmu dan kepakaran, manakala operator kilang mempunyai kemahiran yang betul dalam melakukan penyelenggaraan sistem kilang.

Mungkin ada yang berpandangan kerja – kerja penguatkuasaan alam sekitar suatu tugas yang remeh dan tidak memberi kepuasan. Hakikatnya bidang ini penuh dengan cabaran dan sentiasa berhadapan dengan penggunaan teknologi tinggi dalam penyelesaian masalah alam sekitar termasuklah teknologi nano. Penyiasatan alam sekitar berkait rapat dengan kaedah analisis saintifik yang lebih realiti bukan sekadar suatu kajian akademia. Oleh itu kerja – kerja penyiasatan perlu dilaksanakan oleh mereka yang memahami dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

Jestru itu. paradigma baru dalam pengawalan pencemaran alam sekitar di Malaysia perlu dilaksanakan dengan berlandaskan ilmu dan kepakaran.

2 comments:

MI Syakir Ishak said...

Amanah dan dedikasi dalam bekerja adalah asas dalam menyelesaikan isu pencemaran alam yang kian meruncing. Ilmu dan kepakaran akan memperkukuh lagi aspek mekanisme pemantauan.Pembangunan paradigma memerlukan pengembeligan idealisme, intelektualisme dan aktivisme yang bersifat holistik (pembangunan dasar, pengurusan, penyelidikan, perundangan dll)

Muhd.Naim - Si naim said...

Sebagai khalifah kita semua diamanahkan untuk mengurus Alam sekitar maknanya tanggungjawab nie bukan terletak hanya pada JAS,NGO, Jurutera tapi ianya tanggungjawab kita semua , persoalanya sejauhmana kita semua memahami peranan ini.