Catatan dua hari (18 -20/8/2008)


Bermulanya di EiMAS...

Sesi kursus di mulai dengan ucapan dan kuliyah motivasi oleh Dr Ir. Shamsudin. Isi kuliyahnya banyak menyentuh mengenai perubahan cara berfikir dan bekerja. Beliau juga menekankan keperluan untuk meningkatkan keilmuan dan kemahiran bagi membangunkan tenaga pakar dalam bidang kawalan pencemaran alam sekitar di Malaysia. Saya amat tertarik dengan hujah beliau untuk berubah kita perlu berani melakukan perubahan.

Saya mengetuai kumpulan 4. Saya cuba memberi cadangan nama – nama kumpulan tapi tak di terima oleh si X. Lalu satu nama kumpulan di cadangkan oleh orang lain. Ikut sajalah .... J

Memahami perundangan alam sekitar

Kuliyah seterusnya memberikan fokus kepada sejarah penubuhan AKAS 1974 yang agak unik. Kebanyakan perundangan alam sekitar yang di bangunkan di seluruh dunia bermula selepas stocklhome convention 1972. Dalam konteks Malaysia perundangan alam sekitar amat – amat diperlukan bagi mengawal sebarang aktiviti pembangunan (industri, infrastruktur,dan lain-lain). Kewujudan AKAS 1974 banyak membantu mengawal aktiviti pembangunan di Malaysia namun perundangan yang dilaksanakan masih belum mampu mengawal keseluruhan punca – punca pencemaran. Ini kerana banyak isu – isu pencemaran lain tertakluk dalam perundangan agensi lain yang masih memerlukan penguatkuasaan.

Tatacara Penguatkuasaan

Kuliyah hari kedua diteruskan dengan pembentangan oleh PK Shaari mengenai tatacara penguatkuasaan, pengambilan sampel. Beliau banyak memberi contoh mengenai beberapa kes yang berlaku berdasarkan pengalaman beliau bersama dengan JAS. Penekanan terhadap Field Citation – (penyitaan dll) mampu membantu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar di samping membantu industri untuk meningkatkan kemampuan mengawal pencemaran. Kepentingan rekod (diari siasatan) sebagai bahan terpenting dalam merekodkan aktiviti penguatkuasaan di lapangan. Rekod hendaklah teliti dan mudah dirujuk untuk tujuan kes perbicaraan di Mahkhamah.

Sekian untuk tempoh ini. 11.07 malam ....

1 comment:

tasurrun_nazirin said...

slm,

wah..ini barulah dinamakan sharing information...ilmu yang diperolehi dicerna dan disebarkan kepada semua utk dihayati ..