Usaha Penterjemahan Sebagai Proses Pemindahan Teknologi - Technology Transfer


Saya amat terujah mendengar, suatu sesi wawancara oleh Sdr. Syed Munawar di TV1 baru – baru ini. Beliau menyatakan bahawa usaha penterjemahan karya ilmiah dari bahasa asing (Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Jepun) ke dalam bahasa melayu merupakan satu bentuk teknologi transfer – pemindahan teknologi.

Malah bila kita menyoroti perjalanan sirah ilmuan Islam, usaha penterjemahan karya ilmuan yunani, greek dan rom kedalam bahasa arab sudah di mulakan pada masa lampau. Berlakunya Islamization of Knowledge seperti yang telah digagaskan oleh Al Faruqi dan Al Attas. Ini menyebabkan berkembangnya revolusi ilmu yang amat dahsyat di kalangan umat Islam pada masa lampau.

Saya kira para graduan yang bijaksana perlu memulakan langkah ini bagi mencetuskan gelombang perubahan besar dalam pembinaan tamadun bangsa yang kuat berasaskan Ilmu. Technology Transfer melalui usaha penterjemahan.


Maju Bahasa Majulah Bangsa !!!

1 comment:

tasurrun_nazirin said...

Penterjemahan itu juga suatu dakwah..