Kemenangan dan Ketenangan


Aidilfitri yang telah berlalu menandakan kemenangan bagi umat Islam.
Kemenangan dalam erti kata mengawal runtunan hawa nafsu yang melalaikan hati dan akal dari mengingati Allah swt.

Kemenangan bagi orang – orang yang beriman, dan ketenangan di dalam hati orang – orang yang beriman kerana mencapai darjat TAQWA yang menjadi kemuncak dalam tarbiyah ramadhan.

* Gambar di atas di ambil di kg kuala laut (kawasan tanah perkuburan di sebelah belakang gambar ini di ambil)… gambaran pertemuan antara sungai kg kuala dan laut china selatan…. .. amat mengasyikan pemandangan di sini belakangnya tanah perkuburan dan di hadapanya laut lepas… hati kecilku berkata arus sungai umpama, kehidupan manusia di alam dunia yang akan terus menuju ke penghujungnya …arus yang terus menuju ke muara laut lepas ….. bagaikan menuju kehidupan yang lebih abadi selamanya…..

Ya Allah jadikan kami hamba – hamba mu yang beriman.

No comments: