Pada hemat saya, kerajaan perlu melipat gandakan usaha untuk mengelak pembawa wabak ini untuk datang ke Malaysia. Mungkin negara – negara yang sudah dikenalpasti mempunyai rekod buruk dalam menghadapi H1N1 perlu disekat. Kita perlu serius menangani masalah ini.
Sementara pembawa tempatan perlu dikenalpasti dirawat dengan kemas dan rapi. Kegagalan melaksanakan tindakan serta merta akan menyebabkan lebih ramai mangsa yang akan mengidap wabak ini.
Amat memimbangkan saya akan timbul suatu ketika bila tahap penyakit ini semakin tinggi dan kritikal tuduh menuduh, tuding menuding antara kita kerana gagal mengawal penularan wabak ini.
Mungkin langkah – langkah bagi meyuntik vaksin kepada pelajar, pekerja, dan anak – anak kecil perlu dijalankan secara percuma atau berbayar. Diperingkat individu kita kena sentiasa sensitif tentang penyakit ini dan perlu bersiap sedia.
Bagi Umat Islam kita digalakan solat hajat, memohon daripada Allah SWT agar penyakit ini tidak terus menular dan membinasakan rakyat kita.
Ya Allah Lindungi kami
Ya Allah Pelihara kami
Dari Segala Wabak, Penyakit Yang Boleh Merosakan Kehidupan kami
Hanya Pada Mu tempat kami berlindung, dan tempat kami memohon pertolongan.