Pada minggu lepas 4 Disember 2008 saya telah menulis rencana ringkas di dalam Utusan Malaysia bertajuk “Aktifkan Pelan Tindakan Kecemasan”. Apa yang terbayang dalam pemikiran saya ketika itu kemungkinan akan berlaku banyak lagi peristiwa mengenai bencana alam yang akan mengorbankan nyawa, harta benda dan alam sekitar.
Ini kerana jumlah taburan hujan yang semakin meningkat di samping perubahan bentuk geografi di kawasan tanah rendah, perbandaran dan tanah tinggi. Pemikiran saya tercetus selepas peristiwa tanah runtuh di lereng bukit yang menyebabkan rumah banglo di Ulu Yam tertimbus dan mengorbankan 2 nyawa.
Lantas saya cuba menterjemahkan apa yang tersirat di dalam hati mengenai perkara ini. Sesungguhnya ingat memperingati sesama kita amat penting sebagai satu ajakan kebaikan kepada hidup yang lebih baik . Penting sekali mengambil pengajaran dan melakukan tindakan. Allah jadikan sesuatu peristiwa sebagai tanda – tanda kebesaran Nya bagi orang yang mahu berfikir dan mengambil pelajaran. Harapan agar rakan – rakan dan saudara mara dapat berhati – hati meniti penghujung tahun 2008, dengan penuh muhasabah dan meningkatkan munajat kita kepada Allah SWT .
Salam Aidiladha, Berjuang, Berkorban Untuk Islam dan Ummah.

* Gambar diambil dari Berita Harian 07/12/2008
No comments:
Post a Comment