Menentang Hegemoni Sejagat




Global Ethic or Global Hegemony – Dr. Chandra Muzafar

Buku ini memuatkan gugusan esei yang di tulis oleh Dr. Chandra Muzaffar. Ia menyorot tentang isu – isu global yang berpaksikan keadilan sejagat berteraskan prinsip ajaran agama yang murni. Secara tegas dan berani beliau menyatakan Amerika merupakan paksi hagemoni dunia menguasai perdagangan dunia, gaya hidup kepenggunaan, kemewahan, teknologi, sains, persenjataan dan kuasa kejahatan yang mendominasi secara total.

Ia disokong oleh kelompok kristian konservatif dan zionis yang membentuk dan mempengaruhi dasar – dasar pemerintahan Amerika syarikat. Kelompok neocons (neoconservative) sudah mengakar agak lama dalam jentera pemerintahan AS, ia juga berperanan penting untuk menyokong kekuatan Zeonis di Israel dan menghapuskan umat Islam.

AS dengan keangkuhannya bakal mengancam keharmonian dunia. Dr. Chandra menyentuh mengenai pengaruh agama yang majoriti dianuti oleh rakyat AS sendiri tidak bisa mempengaruhi pemerintahan Bush. Maka ini sekaligus menenegelamkan impian masyarakat dunia untuk melihat keadilan sejagat tercapai.

Di akhir buku ini Dr. Chandra menegaskan sekali lagi betapa AS telah menjadi begitu ego dan angkuh dengan kekuatan yang di milikinya. Tema untuk mencapai keamanan sejagat tidak akan mudah dicapai andainya hegemoni ini terus berlarutan dan keegoan menjadi sifat global. Ianya hanya akan mampu dilenyapkan dengan kesedaran oleh semua masayarakat dunia yang cintakan kedamaian. Prinsip- prinsip dalam agama perlu dihayati untuk mengembalikan keadilan sejagat.

Dr. Chandra mennyentuh mengenai rukun Islam yang berperanan penting dalam menyuraikan rasa ego dalam diri manusia dan masyarakat. 5 rukun Islam menekankan aspek kesedarhanaan dan menghadirkan rasa perhambaan yang kuat. Bahawa manusia di mana ia berada, samada rakyat atau penguasa perlu akur bahawa mereka hanyalah hamba yang menumpang dan diamanahkan untuk memakmurkan alam. Kekayaan dan kemegahan dunia hanya kurniaan sedikit untuk menguji ketaqwaan insan. Hanya ALLAH SWT Yang Berkuasa atas tiap – tiap sesuatu.

13 Disember 2008

No comments: