Isra Miraj : Hijrah ke langit , Amanat DiBumi


Peristiwa Isra’ dan Miraj merupakan sejarah besar dalam ketamadunan umat Nabi Muhamad SAW. Mempercayai serta beriman dengan perkara – perkara ghaib merupakan rukun iman yang utama. Dalam hal ini umat Islam seharusnya mempercayai mengenai peristiwa Isra dan Miraj ini dengan seutuhnya.

Dalam masa yang sama umat Islam harus berusaha mendalami dan mengkaji setiap apa sahaja peristiwa yang berlaku dalam sirah Nabi Muhamad SAW. Ini adalah untuk mencapai tahap kefahaman yang sebenar dan sekaligus menghayatinya dalam kehidupan seharian.

Mendengar kuliah, membaca buku dan tulisan mengenai sesuatu peristiwa adalah antara perkara penting yang perlu dilakukan oleh kita.

Perjalanan Nabi Muhamad ke Sidratul Muntaha sudah pastinya suatu penerokaan ke langit yang amat menakjubkan melepasi pelbagai lapisan bumi dan sistem cakerawala yang diluar jangkauan manusia.
Hanya dalam satu malam, Allah SWT mencipta perjalanan Rasulullah SAW untuk melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya; mulai dari proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkannya perintah solat. Berjuta misteri dan keajaiban menyelubungi perjalanan suci yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasullullah SAW dalam keadaan jaga itu (bukan mimpi).
banyak perkara yang perlu diambil iktibar oleh umat Islam antaranya ialah :-

Suruhan Mendirikan Solat Dalam Kehidupan Umat Islam.
Azab siksaan di alam akhirat yang amat menggerikan seharusnya meningkatkan ketaqwaan kita.
Percaya kepada perkara yang ghaib.
Percaya kepada qada dan qadar
Percaya kepada hari akhirat

Marilah kita sama – sama ingat memperingati untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Umat Islam harus

1 comment:

Rajalie Dan Siti said...

a'kum.....
Terima kasih atas tazkirah yg awk bagi tu..sekurang2nya membantu saya memahami israq mikraj yg sebenarnya. Disamping itu..saya berharap awk dpt benarkan saya utk copy tazkirah tersebut ke dlm blog saya. Utk itu..harap awk dpt menjenguk blog dan berikan komen awk...
www.s-marianie.blogspot.com