Semalam saya menyampaikan ceramah berkenaan Perusahaan Bot Gentian Kaca Impak Terhadap Alam Sekitar kepada pengusaha bot daripada semenanjung Malaysia dan Sarawak. Saya telah membentangkan beberapa perkara berikut dalam ceramah ini :-
Keperluan Penempatan dan Penzonan Industri
Gentian Kaca dan Perusahaan Bot
Impak Terhadap Alam Sekitar
Langkah – langkah kawalan pencemaran alam sekitar
Pada pengamatan saya masih ramai dikalangan pengusaha/pemaju tidak memahami aspek – aspek perancangan yang memerlukan kefahaman tentang kesesuaian sesuatu dan pengzonan sesuatu industri.
Aktiviti pembuatan bot dengan menggunakan gentian kaca mengundang permasalahan alam sekitar termasuklah masalah habuk, bunyi bising, penghasilan buangan terjadual seperti bekas cat, sisa gentian kaca (fibreglass) resin dan bahan – bahan kimia lain.
Pada hemat saya dalam urusan membangunkan industri pembuatan bot ini perlu ada beberapa perkara yang perlu diambil penting. :-
Pengurusan kawasan perindustrian berasaskan perikanan perlu diurus dengan kemas.
Pengurusan sisa buangan terjadual berpusat dikawasan industri perusahan bot.
Mengadakan bimbingan kepada para pengusaha/pemaju bot mengenai kawalan – kawalan pencemaran yang perlu diadakan di bengkel atau premis pembuatan bot.
ketika ini kita sedang menyaksikan gejala ironis, kemarau intelektual di tengah banjir graduan. Rupa - rupanya yang namanya intelektual adalah dunia idea, dialog dan wacana yang kritis, cerdas dan bebas...
Perusahaan Bot, Bahaya Gentian Kaca Terhadap Manusia dan Alam Sekitar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment