Populasi Di Ambang Risiko


Hari ini 11 Julai 2009, merupakan sambutan hari populasi sedunia pada tahun ini tema yang dipilih adalah membasmi kemiskinan : mendidik wanita (Fight Poverty : Educate Girls).

Populasi merujuk kepada bilangan penduduk dunia. Kini penduduk dunia telah mencapai jumlah sebanyak 6 bilion lebih. Benua Asia mempunyai kepadatan populasi yang tinggi. Dalam pada itu populasi di dunia kini di ambang risiko. Risiko dihadirkan oleh perbuatan manusia sendiri. Disini saya senaraikan risiko yang kini mengancam kehidupan populasi manusia :-

  1. Kesihatan manusia yang kian terancam- kewujudan penyakit baharu seperti selsema babi H1N1 telah mengacam ratusan ribu manusia di seluruh dunia.
  2. Pencemaran alam sekitar yang memusnahkan keseimbangan alam - pemanasan global, bencana alam, pencemaran sumber air telah menyebabkan krisis – krisis baru terhadap kehidupan manusia.
  3. Peperangan – menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda setelah peperangan berlaku usaha untuk memulihkan sesebuah negara yang menjadi mangsa peperangan amat sukar dan mengambil tempoh masa yang lama.
  4. Kemiskinan – sebahagian daripada penduduk dunia hidup dalam keadaan dhaif tanpa sebarang kemudahan asas seperti air minuman, tempat tinggal dan pekerjaan yang baik.

Jesteru itu, kita harus bersyukur dan sentiasa berhati – hati dalam mengatur kehidupan dengan baik. Kita juga harus berusaha membantu orang lain dan meningkatkan pencapaian hidup kita untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

No comments: