Jika Mentari Terus Gerhana ? ....


Alam ini telah dicipta berbilion tahun lamanya. Manusia hanya mampu membuat andaian tetang bagaimana bumi ini diwujudkan. Munculah pelbagai teori dengan hipotesis yang amat mengkagumkan.

Silih berganti malam dan siang. Malam untuk manusia beristirehat dan siang untuk bekerja. Bagi mereka yang memerhatikan silih berganti siang dan malam peredaran semesta akan terbit rasa insaf dalam dirinya.

Insaf dalam erti kata memikirkan keajabaian dan kekuasaan Allah SWT. Menciptakan alam ini dengan ukuran – ukuran tertentu. Pergerakan sistem kosmos, bintang, planet, komet dan galaksi diatur dengan tertib ilmu matematik dan fizik yang cukup hebat sekali.

Siapakah yang mampu mengawal pergerakan ratusan juta bintang di alam semesta?

Siapakah yang menggerakan komet, tahi bintang dan bola api yang merentasi segala penjuru semesta ini ?

Siapakah yang mampu menjadikan fenomena gerhana matahari dan bulan?

Semua persoalan ini adalah sebahagian dari persoalan insan yang berjiwa tadabur.... menjadi insan yang sentiasa insaf dan bersyukur....

Pernahkah kita terfikir apa akan berlaku andainya di saat manusia memerhati fenomena gerhana matahari.

Matahari sudah tidak lagi bersinar dan menyinari kita ?

Ataupun gerhana matahari berlaku dalam tempoh 1jam , 8 jam, 24 jam atau seminggu ?

Yang pasti manusia akan kaget dan merasa terpingga-pinga.....

Jelaslah kasih sayang Allah terhadap hambanya amat besar....

Kita harus sentiasa bersyukur, insaf dan meningkatkan ketaqwaan kita


No comments: