Menentang Gaya Hidup Tajaan Yahudi

Krisis yang berlaku di Palestin amat penting bagi setiap umat Islam di Malaysia. Tanpa mengira umur sama ada golongan tua, belia, remaja atau kanak – kanak harus diberi kesedaran untuk memahami isu ini. Ini sekaligus bertujuan untuk meningkatkan semangat jihad yang mendalam dikalangan umat Islam. Yakni, jihad dalam konteks mempersatukan umat Islam secara menyeluruh samada sosial, ekonomi dan politik yang bertunjangkan persaudaraan Islamiyah. Kesedaran yang wujud amat perlu bagi mengangkat dan melonjakan kekuatan umat Islam hari ini dan masa depan.

Ketahuilah bahawa Islam itu kuat, namun umat Islam itu yang berada dalam kondisi yang agak lemah pada ketika ini. Lemah disebabkan umat Islam hari ini telah diserang dari pelbagai penjuru melalui gaya hidup yang di taja dan di tabur oleh rejim zionis yahudi dan AS di seluruh dunia. Gaya hidup ini sengaja di taja bagi melalaikan umat Islam dari mematuhi landasan hidup beragama yang murni berpaksikan al Quran dan As sunnah.

Jesteru itu dalam memahami isu ini kita harus berupaya menerangkan kepada masyarakat Islam bahawa apa yang berlaku di Palestin merupakan sebahagian daripada peperangan bentuk fizikal manakala di bumi yang lain umat Islam turut diserang oleh gaya hidup yang ditaja dan dicipta oleh Yahudi dan AS.

Media hiburan yang dikuasai oleh pihak Yahudi dan AS menaja gaya hidup bebas dari agama melalui filem, lagu dan rancangan realiti TV. Semuanya berakar daripada barat yang dicipta oleh Yahudi. Ianya di salurkan ke media melalui siaran TV dan juga internet. Dunia tanpa sempadan menjadi medium terbaik untuk mereka mengeksport budaya songsang ke negara – negara Islam. Akibatnya generasi mudah Islam hampir lumpuh daya fikirnya dan semakin tumpul semangat jihadnya.

Apa sahaja rancangan TV yang dikira mempunyai keuntungan besar semuanya ditiru secara meluluh. Sehingga menjadikan generasi muda kita berjiwa santai dan tidak mahu memikirkan hal yang lebih serius dan mencabar. Pengkid, Pang, dan Black Metal adalah antara jenama sosial tajaan Yahudi dan AS. Amat menyedihkan lagi ada segelintir dikalangan masyarakat kita yang sanggup menyangkal fatwa pengharaman pengkid serta beberapa perkara yang telah di fatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Golongan wanita Islam turut diserang dengan gaya hidup konsumeris yang mementingkan jenama, fesyen, harga tanpa memperdulikan persoalan akhlak dan aurat. Akhirnya gaya hidup membazir dan kebendaan terus menjalar dalam kehidupan masyarakat Islam di seluruh dunia.

Penguasaan ilmu dan teknologi masih berada di tangan pihak Yahudi dan AS mereka amat menguasai ilmu dalam bidang sains teknologi dan ketenteraan. Sehinggakan jutaan ringgit dilaburkan dikalangan negara – negara Islam sendiri untuk membeli persenjataan dari negara AS. Negara – negara Islam juga banyak bergantung kepada AS sebagai rakan dagangan utama. Kebergantungan kepada kuasa besar ini turut mempengaruhi dasar luar negara – negara Islam untuk melaksanakan tindakan secara bersepadu. Kesemua dakyah yang ditabur dan dicipta ini telah berjaya mengkucar – kacirkan kekuatan umat Islam di seluruh dunia. Amat malang sekali seandainya kita tidak sedar dan insaf tentang gaya hidup yang dicipta oleh Yahudi ini.
Dalam konteks negara kita, pelbagai langkah untuk mengecam tindakan rejim zionis Israel kini giat dilaksanakan. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama dengan NGO yang lain mengadakan kempen untuk memboikot barangan buatan Yahudi –AS. Sementara itu golongan pelajar diperingkat IPT dan sekolah diberi galakan untuk menyertai gerakan massa bagi mengutuk kekejaman rejim zionis. Semua ini memang baik. Namun program seperti ini seharusnya dijadikan kempen berterusan untuk mendidik masyarakat membenci keganasan. Sewaktu perang di Iraq dahulu kempen boikot barangan buatan AS dan Yahudi telah dijalankan, masyarakat Islam di beri alternatif untuk membeli barangan buatan tempatan.

Apa yang penting kita bukan sahaja perlu memboikot barangan buatan Yahudi dan AS, malahan kita juga perlu tekad memboikot sebarang gaya hidup tajaan Yahudi dan AS yang semakin kuat mengakar dalam kehidupan masyarakat Muslim. Rancangan berbentuk keagamaan dan ilmiah perlu diangkat martabatnya di dalam siaran TV di negara kita. Rancangan hiburan berlebihan harus dihentikan segera dan di ganti dengan program – program yang dapat membentuk fikrah masyarakat Islam. Segala hegemoni Yahudi dan AS harus di sekat agar tidak menjajah pemikiran umat Islam di seluruh dunia.

Selain itu, apa yang amat penting para pemimpin kita perlu menanamkan semangat untuk menjadikan ’agenda pemersatu umat’ sebagai suatu agenda besar untuk direalisasikan. Berpolitik secara bijaksana berpandukan dengan ajaran Islam, tidak membenci dan mencelah. Malahan pentas politik harus dijadikan medan bermuhasabah membina persaudaran Islam yang sejati dengan menawarkan gagasan pembangunan lestari secara aman dan harmoni.

Masyarakat Islam perlu sedar bahawa kita sekarang telah diserangi daripada pelbagai sudut, kita perlu bangkit dari tidur yang lena. Golongan belia Islam khususnya harus sedar dan melaksanakan perubahan baru untuk memastikan masyarakat kita di masa hadapan akan lebih kuat dan bebas dari serangan halus gaya hidup tajaan yahudi.

No comments: