Renunglah dengan mata hati ...


Semalam ada dua program besar yang aku hadiri , iaitu solat sunat gerhana matahari selepas asar di Masjid Lama Sg. Baru dan malamnya ceramah perdana Palestin di Stadium Sultan Abdul Halim.

Selepas sahaja solat sunat gerhana matahari, khutbah ringkas disampaikan antara initipati khutbah mengajak untuk kita memahami dan menginsafi tentang kekuasaan Allah SWT. Yang Maha Mengetahui, Menciptakan Kejadian Ciptaan Alam. Ustaz menyatakan bahaw asetiap jirim yang ada di alam ini sebenarnya terapung – apung dan di atur dengan satu daya tarikan yang ditetapkan oleh Allah SWT sehingga satu ketika. Yang akhirnya akan berlaku kiamat semuanya akan hancur dan musnah. Cuba lah kita mendongak ke langit tika malam, akan kelihatan ratusan juta bintang yang berada terapung di angkasa raya.

Amat sangat bergantung kepada Allah SWT dalam setiap saat, hatta ketika kita membaca tulisan ini kita dalam keadaan terapung – apung, dan di tahan dengan suatu daya apungan – tarikan. Jesteru perlu kita ingat akan kelemahan diri yang amat kerdil, kecil, tiada terdaya melakukan apa jua pun hanya bergantung kepada Allah SWT.

Kejadian alam luar biasa banyak berlaku tatkala manusia alpa dan leka memburu kebendaan. Lantaran terlalu cinta kebendaan menjadikan manusia lupa akan hari kebangkitan yang akan datang.

Ustaz juga menyatakan bahawa tanda – tanda akan berlaku kiamat tidak ada. Yang ada adalah tanda – tanda hampir kiamat. Ia akan berlaku tanpa kita sedari.

Marilah kita menginsafi apa yang kita usahakan untuk hari ini, sebenarnya pada tahap mana dan dimanakah kita meletakan diri, keluarga dan masyarakat kita ketika ini.


Ceramah Perdana – Palestin di Stadium Abdul Halim.

Tiba kira – kira jam 8.13 minit malam, ruang parking kereta telah penuh sesak. Dataran padang dipenuhi dengan manusia. Menunaikan solat hajat. Selepas Isyak lebih kurang 9.35 minit malam ceramah di mulakan dengan Ucapan Dato Seri Ustaz Azizan, MB Kedah. Dalam ucapanya beliau menyatakan kekejaman yang berlaku di Gaza suatu yang tidak boleh dimaafkan. Kelemahan negara – negara Islam disebabkan oleh sifat – sifat kepemimpinan yang membawa ideologi nasionalisme dan menegenepikan Agama dalam pemerintahan. Beliau menyatakan dengan tegas keprihatinan kita terhadap umat di gaza di sebabkan oleh dua perkara 1. Saudara seakidah 2. Kemanusiaan. Beliau menyatakan bahawa ramai juga dikalangan mangsa adalah dikalangan umat kristian. Lantas apa yang berlaku di sana perlu memberi refleksi terhadap umat Islam di Kedah dan negara ini umumnya.

Laksanakan Jihad!!

No comments: