Aktifkan Pelan Tindakan Kecemasan




Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan kebakaran merupakan rentetan peristiwa dan berita yang seringkali mengundang pelbagai kesan kepada masayarakat. Akibatnya mereka yang menghadapi musibah ini akan mengalami kerugian harta benda dan kehilangan orang yang di sayangi. Hanya ratapan hiba dan penyesalan yang tidak berkesudahan yang dapat diungkapkan selepas sesuatu bencana berlaku.

Kejadian yang berlaku seringkali mengundang tanda tanya apakah mereka tidak berwaspada atau hanya mengambil mudah terhadap sesuatu risiko yang bakal berlaku. Seolah – olah tiada sebarang persiapan yang difikirkan sesuai dalam menghadapi sesuatu hal kecemasan dan bencana.

Jesteru itu, masyarakat kita perlu di ajar mengenai kepentingan Pelan Tindakan Kecemasan dalam menghadapi sesuatu risiko kejadian. Terutama sekali kepada mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai risiko banjir, tanah runtuh dan kebakaran. Pelan tindakan kecemasan merupakan suatu pelan yang komprehensif menggariskan kaedah – kaedah bertindak yang perlu dilakukan semasa sesuatu kejadian kecemasan berlaku.

Pelan tindakan kecemasan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang tinggal di kawasan bangunan tinggi dan kawasan perumahan sahaja, malah perlu meliputi kawasan – kawasan lain yang terdedah kepada risiko kejadian yang tidak di ingini. Antara kawasan yang mempunyai risiko bencana adalah kawasan tanah tinggi, kawasan berisiko banjir dan kawasan berdekatan aktiviti perindustrian.

Lazimnya pada masa kini pelan tindakan kecemasan hanya diadakan bagi penduduk di kawasan flat perumahan bertingkat. Ia masih tertumpu kepada kaedah – kaedah yang perlu dilakukan semasa berlaku kebakaran. Dalam konteks hari ini pelan tindakan kecemasan perlu diperluaskan dalam menghadapi kejadian banjir, tanah runtuh dan kemalangan industri yang boleh memberi kesan kepada penduduk berhampiran.

1 comment:

Anonymous said...

Sesuatu yang bagus untuk diterapkan dikalangan masyarakat. Biasanya kita harus tahu dan ambil berat tentang keadaan sekeliling kita. Sebagai contoh, penduduk yang di sebelah kawasan perumahan mereka mempunyai kawasan industri. jika tidak dikaji, mungkin industri tersebut adalah bahaya dan boleh mengundang malapetaka.