Alderin dan Dielderin




Oleh : Abdul Rahman Mahmud



Alderin dan dieldrin merupakan dua jenis kimia yang digunakan secara meluas dalam mengawal serangga tanah dan beberapa serangga pembawa penyakit. Aldrin, mudah membentuk dieldrin dalam keadaan biasa. Ia digunakan untuk mengawal serangga perosak di dalam tanaman jagung dan potato.



Dieldrin juga digunakan sebagai racun serangga dalam buah – buahan dan biji benih, dan ia telah digunakan untuk mengawal pembiakan lalat dan pelbagai serangga pembawa penyakit dikawasan tropika. Kerana bahan kimia amat perlu untuk mengawal seranga didalam tanah alderin dan dieldrin sedia mengikat endapan tanah dan jarang sekali meresap ke bawah tanah. Dieldrin sebagai contohnya mampu kekal didalam tanah selama leboh kurang 5 tahun (WFPHA, 2000) pada suhu sedarhana, manakala ia hilang sehingga 90% dalam satu bulan di kawasan tropika (WHO,1989).





Kedua - duanya bersifat boleh meruap daripada tanah dan disebarkan dengan pegerakan udara, mencemari kawasan jauh daripada sumbernya. (WFPHA, World Federation of Public Health Associations, 2000). Laluan lain pemindahan dan pergerakanya boleh juga melalui larian permukaan. (WHO 1989).




Aldrin dan dieldrin telah diharamkan penggunaanya dikebanyakan negara maju. Aldrin masih digunakan sebagai termiticide. Walaubagaimanapun aldrin dan dieldrin juga dikenalpsti pada organisma air dikawasan artik dan enapan di lembangan sungaai Great Lakes. Ia di kenalpasti bergerak daripada wilayah pertanian di sebelah selatan . (WFPHA, 2000).


Kesan terhadap manusia



Pendedahan akut kepada manusia akan memberikan kesan buruk, diantaranya adalah pening kepala, kepekaan, kepeningan, hilang selera, loya, otot sentakan, kejang, pengsan kesedaran, dan kemungkinan kematian. Keadaan ini akan berlarutan untuk beberapa minggu mingikut pendedahan, tetapi tidak akan berkekalan lama. Tahap ‘lethal dose’ dos maut untuk alderin bagi remaja lelaki ialah 4 gram. Dieldrin pula 40 hingga 50 kali ganda lebih toksik daripada DDT. (WFPHA. 2000)

Kesan kepada persekitaran akuatik

Aldrin dan dieldrin menghasilkan enzim berbahaya dan perubahan hormon didalam ikan yang akan membawa pengurangan terhadap keupayaan reproduktif. Alderin berkumpul secara biologikal dalam molluscs dan ikan, dan tahap tinggi dieldrin dijumpai berkumpul dalam ikan, siput-siput, dan ikan trout tasik. (WFPHA, 2000)
Jadual dibawah menunjukkan beberapa faktor bioakumulasi untuk dieldrin (EHC 91, WHO, 1989).

No comments: