Perutusan maal hijrah 1430 Hijrah






Salam hijrah buat semua. ..


Hijrah tidak sahaja dihayati sebagai suatu peristiwa penuh historis dalam tamadun manusia zaman - berzaman. Ramai orang berkata hijrah seharusnya di tampilkan secara maknawi dalam diri manusia. Maksudnya hijrah seharusnya dihayati dalam konteks merubah sifat – sifat negatif dalam diri kepada sifat – sifat positif. Jelasnya ia perlu disuburkan menjadi budaya yang mengakar dalam sendi kehidupan muslim. Dalam konteks kerjaya, umat Islam perlu berupaya meningkatkan indeks pencapaian semasa.

Kerjaya : - 1. Membina kemahiran secara profesional
2. menawarkan idea masa depan dalam menghadapi persoalan semasa.
Rumusan : Hijrah membina akhlak lebih baik, mempertingkatkan keilmuan dan menghubungkan silaturahim

Memori hijrah 1429 .....
Tahun lalu aku sempat mengucapkan selamat tahun baru hijrah buat ayahanda tercinta. Namun kini ia telah pergi buat selamanya. Yang pasti anak – anaknya dimana jua berada akan meneruskan wibawa yang diwariskan oleh ayahanda.
Sebagai suami, isteri, anak dan pekerja yang berdedikasi, cekal, tabah menghadapi pelbagai rintangan. Paling penting berjiwa besar dalam semua keadaan. ..

No comments: