Sabah looking into claims of destruction of coral reef


Di petik dari akhbar The Star 19 Jun 2009


KOTA KINABALU: A high-level probe has begun following allegations by a former minister that coral reefs near the protected Semporna Islands Park area are being broken up for use by medical and pharmaceutical companies.


It is believed the corals are ground up into powder for sale to these companies to be made into products for bone surgery, dentistry or drugs.


State Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjum said he had given a committee headed by his minister Deputy Permanent Secretary William Bayo three weeks to wrap up its investigation into the allegation by former state Social Services Minister Datuk Kong Hong Ming that coral reef extraction had been occurring there in the past 10 years.

“This is a very serious matter. I do not want to prejudice the probe by saying any more about it,” Masidi said yesterday.

Kong alleged that an estimated 1.2 million tonnes of corals had been extracted by a certain group under the pretext of dredging sea sand. He said the dredging had been going on near the 350 sq km Semporna Islands Park, which is considered one of the nation’s prime coral reef sites, and had recently moved to Kalumpang at Balung near Tawau.

Kong said the group was licensed to mine sea sand from the Mineral and Geosciences Department of Sabah in 2007 but claimed that its permit was not renewed.Kong said he had visited an area in Tawau where 1,000 tonnes of corals were stored but for some reason, the stockpile was removed two days after his visit.
Sabah Environmental Protection Association president Wong Tack expressed concern over the alleged illegal operation.

Perginya Tokoh Pencerahan Gerakan Islam - Allahyarham Al-Ustaz Syeikh Dr. Fathi Yakan


Sewaktu di Universiti dahulu buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam karya Allahyarham Al-Ustaz Syeikh Dr. Fathi Yakan menjadi rujukan kami gerakan pelajar Islam. Membaca tulisan beliau sudah pasti amat menyentuh hati. Dikala semangat kian merudum, membaca tulisan beliau memberi semangat dan motivasi untuk melaksanakan kerja – kerja Islami dengan lebih kuat.

Tulisan beliau bukan sahaja menjadi rujukan di Malaysia malahan negara – negara lain, idea dan pemikiran beliau menjadi ‘pembimbing’ kepada aktivis Islam hari ini. Membaca karya beliau merupakan suatu kemestian bagi generasi muda kini.

Beliau telah menulis lebih kurang 35 buah buku, beberapa karya utama yang menjadi rujukan pendukung gerakan Islam seluruh dunia ialah Bahtera Penyelamat Umat Dalam Kehidupan Pendakwah, Permasalah dakwah dan Pendakwah, dan Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam. Tulisanya telah diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa utama dunia.

Pada hemat saya beliau merupakan tokoh “Pencerahan” gerakan Islam seluruh dunia. Beliau ke Rahmatullah pada hari Sabtu 13 Jun 2009 bersamaan, 19 Jamadil Akhir 1430 Hijrah yang lalu. Beliau turut memberikan sumbangan yang sangat besar perkembangan politik di timur tengah terutama sekali di tanah kelahirannya Lubnan dan dalam gerakan menentang kezaliman Israel terhadap umat Islam di Palestine dan kawasan sekitarnya.Semoga rohnya dirahmati oleh Allah s.w.t serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Pemergian beliau sukar untuk dicari ganti. Tokoh reformasi umat yang menyuluh jalan kearah kebenaran dan keadilan.

Al Fatihah.

Dan orang – orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar – benar akan Kami tunjukkan mereka kepada jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar – benar beserta orang –orang yang berbuat baik ( Surah Al – ankabut 69)

Menghadapi fenomena El-Nino


Utusan Malaysia - 15 Jun 2009

Jabatan Meterologi melaporkan fenomena El-Nino bakal melanda negara dalam masa beberapa bulan lagi. Ia adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru. Ia menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia. Antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau panjang.



Oleh itu, kita seharusnya meningkatkan kepekaan untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai fenomena El-Nino dan melakukan persediaan yang perlu.Persoalanya sudahkah kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku 10 tahun lalu (1997/1998) semasa fenomena ini melanda negara?

Jabatan Meterologi pada April lalu melaporkan, terdapat bacaan suhu melebihi suhu maksimum purata bagi bulan tersebut. Suhu tertinggi yang direkodkan bagi tempoh 1 hingga 28 April 2009 adalah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April. Ia dalam lingkungan suhu tertinggi yang pernah direkodkan. Fenomena ini dicatatkan berlaku sebanyak 12 kali sejak 1951-1952 dan terakhir pada 1997-1998. Pada 1998, suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998.

Tahun 1998 merupakan tahun yang merekodkan suhu tertinggi terbanyak dengan 50 peratus daripada rekod suhu tertinggi dicatatkan. Krisis bekalan air di Lembah Kelang dan masalah jerebu menjadi isu besar. Pada tahun itu juga, negara-negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand turut merasai impak yang sama. Cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit sensitif iklim seperti taun, demam denggi dan malaria. Fenomena El-Nino dikatakan merupakan fenomena sejagat yang perlu ditangani bersama.

Ada saintis mengaitkan fenomena El-Nino dengan pemanasan global. Walau apa pun andaiannya, masyarakat harus disedarkan mengenai kesan fenomena ini kepada manusia dan alam sekitar. Fenomena ini dikatakan mempunyai rantaian kesan yang agak membimbangkan kepada alam sekitar dan aktiviti manusia. Sekurang- kurangnya terdapat tiga kesan utama yang bakal dirasai daripada peningkatan suhu semasa fenomena ini. Pertama, kesan terhadap kesihatan manusia apabila cuaca panas berterusan dijangka turut mengakibatkan penyakit seperti batuk, selsema, demam dan penyakit berkaitan cuaca panas.

Kedua, keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air. Ia akan menyebabkan krisis bekalan air. Kawasan tadahan air seperti empangan, tasik dan kolam dibimbangi akan mengalami penyusutan disebabkan kadar sejatan yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat. Selanjutnya ia akan memberi impak terhadap aktiviti manusia. Sesetengah operasi industri pula memerlukan air sebagai bahan dalam proses pengeluaran produk. Maka industri juga bakal menerima tempiasnya.

Ketiga, persekitaran yang kering boleh mendorong berlakunya kebakaran. Biasanya kebakaran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia. Kawasan padang yang kering boleh terbakar dengan mudah andainya putung rokok yang masih berapi dibuang ke kawasan tersebut. Tapak pelupusan sampah yang membebaskan gas metana pula berpotensi menyebabkan kebakaran secara spontan.

Apa yang amat membimbangkan, peningkatan kes kebakaran yang berlaku akan menyebabkan masalah jerebu. Semasa El-Nino 1997/1998, kualiti udara terjejas teruk akibat jerebu. Ia berlaku disebabkan kebakaran hutan di Sumatera dan sekaligus menyebabkan pencemaran udara rentas negara. Ia akan menjejaskan sektor pelancongan negara.

Justeru itu, masyarakat mempunyai peranan dalam usaha membantu kerajaan menangani kesan yang bakal berlaku. Sikap "tidak ambil peduli" hanya akan mengundang padah. Sebagai tanda prihatin, kita harus bersatu melakukan persediaan yang mencukupi. Pertama, kita harus bersedia untuk peka mendengar perkembangan semasa tentang keadaan cuaca yang berlaku. Berita melalui radio, televisyen, akhbar dan laman web seharusnya dijadikan rujukan penting.


Misalnya untuk mengetahui keadaan ramalan cuaca dan Indeks Pencemaran Udara, laman web Jabatan Matereologi Malaysia, http://www.met.gov.my dan laman web Jabatan Alam Sekitar, http://www.doe.gov.my boleh dijadikan rujukan. Kedua-dua laman web ini banyak memberikan maklumat tentang isu alam sekitar dan perkembangan semasa. Laman web Jabatan Alam Sekitar membantu kita mengetahui tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU). Maklumat yang ada dapat membantu rakyat merancang aktiviti seharian.

Kedua, semasa berlakunya cuaca panas, kita harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan- bahan yang mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan. Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Ketiga, sekiranya berlaku masalah jerebu, masyarakat perlu mengambil langkah sewajarnya seperti memakai topeng sewaktu keluar rumah dan merawat segera masalah kesihatan seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam. Di samping itu, orang ramai juga perlu mengelak daripada melakukan aktiviti luar rumah yang boleh mendedahkan mereka terhadap kualiti udara yang tidak sihat.

Keempat, bagi mengurangkan kesan krisis air semasa fenomena El-Nino, amalan penjimatan air harus dimulakan dari sekarang. Penggunaan air untuk mandi, mencuci kenderaan dan membasuh pakaian perlu dihadkan agar tidak membazir. Dalam masa yang sama, orang ramai perlu mengadakan simpanan air mentah yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Langkah persediaan menghadapi fenomena El- Nino ini kadangkala dianggap remeh. Semasa fenomena 1997/1998, ramai yang merungut kerana kekurangan bekalan air dan masalah jerebu. Ramai yang menyalahkan kerajaan, kononya tidak serius melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena itu. Rakyat seharusnya mengubah sikap. Ini kerana isu berkaitan alam sekitar adalah tanggunggjawab bersama. Kita harus bersedia menghadapinya dan membantu kerajaan dalam mengharunginya. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah, kita harus bersiap sedia dari sekarang.

El-Nino Bakal Tiba , Apa Reaksi Kita ?













Cuaca panas yang melanda negara kini dikatakan merupakan sebahagian dari kesan fenomena el – nino. Seandainya keadaan ini berterusan 4 impak utama yang bakal dirasai iaitu :

1. Masalah kesihatan
2. Kualiti udara
3. Kesuburan tanah
4. Krisis bekalan air

Sejak tahun 1951, fenomena ini telah melanda sebanyak 12 kali. Paling dirasai adalah 10 tahun lepas iaitu 1997/1998. Mampukah kita mengelak dari cuaca panas ini ? Cukupkah persediaan kita untuk mengharungi keadaan ini ? Sudahkah kita mengambil pengajaran dari krisis yang telah berlaku dahulu....

Ulasan Buku - Pendidikan Rabbani

Ulasan Buku : Pendidikan Rabbani

Buku ini menampilkan gugusan esei berkisar tentang pendidikan Islam. Bagaimana seharusnya pendidikan itu diteraskan? Apa Implikasi Pendidikan Sekular terhadap cara fikir masyarakat Islam ? dan bagaimana kokurikulum, kurikulum dan epstimologi ilmu Islam yang seharusnya di bina dalam kerangka sistem pendidikan masyarakat Islam hari ini.

Menurut Dr. Sidek Baba ilmu mengurus sistem dan mengurus diri dilihat semakin terpisah jauh dalam pendidikan umat Islam hari ini. Sehingga mencetuskan peribadi yang jauh daripada nilai Islam. Lahirnya teknokrat yang tidak berahklak, intelektual yang mengelirukan pemikiran umat, kemusnahan alam sekitar dan merosotnya moral generasi muda.

Menjadikan tassawur pandangan semesta hanya berkitar di sebalik kemajuan material. Pendidikan hari ini gagal mencipta manusia yang mempunyai jiwa tadabbur yang tinggi sehingga boleh mengaitkan proses yang berlaku di alam tabii, penciptaan alat teknologi moden dan falsafah hidup moden dengan Pencipta Yang Maha Agung Allah SWT.

Peranan pendidikan harus berupaya menghasilkan manusia yang beradab. Namun manusia dilihat kian biadab hasil dari sistem pendidikan yang tidak menggunakan acuan Al Quran dan Hadis sebagai tunjangnya.Sekularisasi ilmu dunia yang ditaja oleh sarjana barat dan diguna oleh masyarakat muslim, pada saya ini akhirnya akan menjadikan umat Islam kehilangan credential dan identitinya bagi membina peradaban baru.

Kenyataanya boleh dilihat dikalangan generasi muda Islam hari ini yang kian lesu dengan idealisme baru. Globalisasi turut sama menghanyutkan umat sehingga peradaban Islam hanya terzahir dalam buku – buku sejarah dan tinggalan seni bina agung sebagai monumen untuk tatapan pelancong

Sains dan Teknologi selama-lamanya adalah sebagai alat bukanya matlamat. Kerangka pemikiran muslim hari ini seharusnya dibina dengan asas-asas Rabbani yang akhirnya dapat menjadikan manusia - khalifah - pembangun - dan - pemakmur alam. Dua bab akhir dalam buku ini harus di amati dengan baik . Pada hemat saya buku ini wajar sekali dibaca oleh setiap pencinta Ilmu dan wajib! bagi setiap pendidik. Buku ini seeloknya di terjemahkan dalam bahasa – bahasa asing seperti Sepanyol, Jepun, English, Arab dan Jerman.

Memurnikan Falsafah Alam Sekitar Barat : Peranan Aktivis Islam

Perkataan 'falsafah' berasal dari perkataan Greek iaitu 'philo' dan 'Sophia' yang bermaksud cintakan kebijaksanaan atau love of wisdom. Manakala maksud perkataan 'kebijaksanaan' yang dinyatakan tersebut adalah kejayaan atau dapatan ilmu pengetahuan hasil dari penaakulan terhadap kewujudan kejadian dialam ini.

Falsafah merupakan suatu pandangan umum terhadap semua ilmu yang ada dialam ini. Ia bertujuan untuk menggalakkan wawasan dan pemahaman yang tinggi, yang wujud dalam seluruh kehidupan dialam ini. Mengikut Pojman (1991), ahli-ahli falsafah menggunakan alasan, persepsi, imaginasi dan intuisi mereka untuk membentuk dan menganalisa hujah atau teori yang mungkin dapat menjawab persoalan yang tidak berkesudahan.

Berdasarkan keadaan ini, dapatlah dikatakan makna rasmi falsafah ialah penggunaan cara yang tertentu seperti logik dan perbahasan untuk memperolehi kebenaran dan pengetahuan tentang persoalan yang wujud berkaitan dengan alam ini. Alam sekitar pula adalah dimaksudkan dengan alam kehidupan yang dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan iaitu bumi ini. Gabungan dua perkataan ini telah membentuk falsafah alam sekitar yang membawa maksud bagaimanakah manusia mengeksploitasi kebijaksanaan mereka dalam mereka berinteraksi dengan alam ini.

Wacana alam sekitar sama ada sebagai bahan akademik dan diskusi awam yang diketengahkan oleh sarjana barat amat mengkagumkan. Mereka mengkaji dengan penuh tekun dan minat. Banyak journal akademik dan bukan akademik di terbitkan dinegara maju sehingga memberi tempias kepada negara membangun. Mereka dapat membahaskan isu – isu alam sekitar yang berlaku secara terperinci, persis dan jitu.

Banyak langkah penyelesaian dicadangkan oleh sarjana barat terbukti berjaya mengatasi permasalahan yang dialami oleh masyarakat. Meskipun begitu, penyelesaian yang dibuat hanya bersifat sementara dan banyak bergantung kepada rasionalisme, saintisme dan kajian empirikal sahaja. Amat kurang sarjana barat yang membincangkan mengenai 'etika' dan 'nilai' sebagai akar permasalahan. Walaupun begitu sejak akhir - akhir ini sarjana barat mula membicarakan mengenai etika dan nilai dalam konteks pengurusan alam sekitar. Tetapi ia dilihat terpisah jauh dari menghubungkaitkan alam, manusia dan Pencipta Yang Maha Agung.
Ia tidak lain, berlaku disebabkan oleh proses sekularisasi ilmu. Menurut Prof. Dr. Sidek Baba,

“ Ilmu lahir dan berkembang atas asas tertentu. Ia dihubungkan dengan teori dan asal – usul ilmu yang disebut sebagai epistemologi. Epistemologi sesuatu ilmu mempunyai landasan dan tapak tertentu. Darinya ilmu berdiri, berkembang dan membentuk pandangan semesta tasawwur seseorang tentang sesuatu.

Epistemologi ilmu Barat atau moden yang digunakan oleh umat Islam masa kini tidak menjadikan agama sebagai tapak atau landasan. Ia boleh diibaratkan sebagai batang pokok. Akar yang menyuburkan dahan, ranting, daun dan buah adalah berasaskan rasionalisme,saintisme, humanisme, liberalisme dan modenisme Barat.

Akar tunjang yang berasaskan rasionalisme semata – mata menghasilkan bunga dan nuah fikiran yang bersifat sekular. Ini kerana, ia hanya berasaskan fakta, data, hasil uji kaji dan pemerhatian yang menggunakan akal dan pacaindera semata – mata. Nilai, etika dan estetika dilihat sebagai nisbi dan bersifat normatif. "
Wacana alam sekitar di dunia Islam harus mampu memurnikan falsafah alam sekitar yang dicanangkan oleh barat. Dialog, wacana dan penulisan perlu dipergiatkan bagi mewujudkan ruang komunikasi antara aktivis Islam dan aktivis atau sarjana barat.

Ini penting bagi meletakan falsafah yang ’betul’ didalam pemikiran masyarakat dunia. Supaya akhirnya kita dapat bersama mengerakan agenda perubahan berasaskan fitrah insan mengabdikan dan memakmurkan alam diatas muka bumi ini.

RAS - Nukleus Pengerak Kelestarian Sejagat


4 Jun yang lalu saya berkesempatan ke Majlis Pelancaran Program Rakan Alam Sekitar dan Penganugerahan Sekolah Lestari Peringkat Kebangsaan di Muar Johor. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) bakal diadakan disetiap kawasan Parlimen di Malaysia.Ia bertujuan untuk melibatkan penyertaan orang awam sebagai mata dan telinga kerajaan bagi melaporkan aktiviti – aktiviti pencemaran yang berlaku dikawasan mereka. Di samping itu juga program RAS akan dapat menggerakan program - program kesedaran alam sekitar. 27 juta rakyat Malaysia secara relatifnya agak kecil jika dibandingkan dengan populasi dunia yang menjangkau 6.7 billion. Meskipun begitu, ia rakyat dinegara ini seharusnya mampu menjadi 'nukleus pencetus' gagasan pelestarian sejagat. Program ini mempunyai hasrat yang murni. Semoga ia dapat dijayakan dengan baik sebagai suatu pengisian gagasan 1Malaysia.

Semarakan Semangat Sayangi Bumi

Utusan Malaysia 5 Jun 2009

Tarikh 5 jun setiap tahun disambut sebagai Hari Alam Sekitar Sedunia. Ia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu bermula pada tahun 1972 bersempena dengan Persidangan Stockholm mengenai ’Alam Sekitar dan Manusia’. Sambutan ini bertujuan merangsang kesedaran manusia sejagat untuk mengurus alam sekitar dengan penuh rasa tanggungjawab. Semua lapisan masyarakat samada diperingkat individu, masyarakat, institusi, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan mempunyai tanggungjawab yang besar dalam usaha menguruskan alam sekitar secara lestari. Jesteru itu, gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri baru – baru ini juga perlu diisi dengan penuh makna bagi menjadikan rakyat yang prihatin terhadap usaha pelestarian alam sekitar.

Tema Hari Alam Sekitar Sedunia pada kali ini ialah “Dunia Memerlukan Anda Bersatu Bagi Memerangi Perubahan Iklim”. Tema ini mempunyai makna yang amat mendalam dan wajar difahami bagi setiap warga Malaysia. Sekurang-kurangnya terdapat dua mesej utama yang boleh diambil daripada tema ini. Pertama; ia mengajak manusia secara individu untuk melakukan perubahan terhadap amalan yang boleh mendorong terhadap perubahan iklim. Kedua; ia mengajak masyarakat sedunia ‘bersatu’ bagi memerangi perubahan iklim.

’Bersatu’ merujuk kepada perlunya manusia sedunia berganding bahu mengurangkan impak perubahan iklim global. Sebagaimana pepatah melayu mengatakan “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Pepatah ini mengambarkan betapa perlunya bersatu dalam menolak sebarang perkara yang boleh memusnahkan kehidupan sama ada dalam bentuk nyata ataupun tidak. Pepatah ini juga memberi makna tentang implikasi besar apabila kita saling bercerai berai antara satu sama lain.

Dalam konteks memerangi perubahan iklim manusia harus serius untuk bersatu bagi melakukan perubahan secara total. Bersatu dalam erti kata bersama – sama membendung segala aktiviti yang boleh menyumbang kepada perubahan iklim ke tahap yang paling maksima. Hal ini demikian kerana, perubahan iklim kini membentuk fenomena alam luar jangka yang mengancam kehidupan manusia secara global.

Walaubagaimanapun, manusia diplanet ini dilihat semakin kucar – kacir tanpa kesatuan yang teguh dalam menangani perubahan iklim. Manusia dilihat banyak melakukan kerosakan diatas muka bumi ini atas nama ‘pembangunan’. Banyak persidangan dan perjanjian alam sekitar sejagat telah diadakan namun masih banyak negara yang mencabulinya.

Negara – negara maju melakukan penindasan terhadap negara – negara kecil. Ini terbukti dalam beberapa siri peperangan mutakhir ini. Serangan di Palestin awal tahun ini telah mencemarkan persekitaran udara dibumi Gaza dengan kepulan asap akibat bedilan bom yang dilancarkan oleh tentera zionis. Apa yang lebih menyedihkan serpihan zarah bersaiz mikro dan nano terbebas ke udara dan boleh mengancam sistem pertahanan badan manusia semasa proses pernafasan. Ini ditambah pula dengan ujian peluru berpandu terbaru oleh Korea Utara. Ia jelas menunjukan gagasan pelestarian alam sekitar semakin menempuh jalan suram dan penuh berliku.

Malahan ada negara kaya yang mengeksport secara haram buangan elektronik ke negara – negara miskin dan mundur, seperti yang dilaporkan oleh Jaringan Bertindak Basel (BAN). Hal ini jelas melanggar perjanjian Basel yang telah diwujudkan pada March 1989, di Basel Switzerland dan diratifikasikan bersama 116 buah negara. Akibatnya ia menyebabkan pencemaran logam berat terhadap manusia dan persekitaran. Sekiranya, hal ini berterusan ramai dikalangan negara miskin akan ditindas dan mengalami masalah pencemaran alam sekitar yang semakin teruk.

Manusia harus disedarkan bahawa semakin banyak peperangan dan perpecahan diatas muka bumi ini sebenarnya ia akan membawa kepada kebinasaan. Jesteru, tema hari alam sekitar sedunia pada kali ini amat tepat bagi mengajak manusia sedunia kembali bersatu bagi memerangi perubahan iklim yang bakal mengancam 6 bilion populasi manusia. Tidak keterlaluan bila dikatakan memerangi perubahan iklim merupakan ‘perjuangan’ yang perlu diutamakan oleh setiap manusia yang menghuni di alam ini.

Namun perjuangan memerangi perubahan iklim tidak akan mampu direalisasikan andainya masyarakat tidak memahami impak perubahan iklim kepada manusia dan bagaimana ia boleh berlaku. Hakikatnya, tindakan manusia dikenalpasti telah memberi pengaruh kepada perubahan iklim melalui tiga cara. Pertama, mengubah sifat bahangan permukaan bumi seperti mengubah kadar nisbah bahangan yang dipantul oleh permukaan berbanding dengan bahangan yang sampai. Kedua, pelepasan haba secara berlebihan ke atmosfera bumi dan ketiga, mengubah kepekatan gas atau aerosol yang terdapat di atmosfera bumi. Ketiga – tiga perkara inilah yang memberi kesan terhadap perubahan iklim secara global.

Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), dalam laporan penilaian ke-4 tahun 2007 melaporkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida. Antara aktiviti yang dikenalpasti menyebabkan peningkatan gas rumah hijau ialah pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas sehingga membebaskan gas karbon dioksida secara berlebihan.

Pada masa ini janakuasa arang batu, aktiviti perindustrian dan kenderaan adalah punca utama yang menyebabkan pembebasan gas karbon dioksida. Sehingga tahun 2008 dianggarkan terdapat sebanyak 600,000,000 jumlah kenderaan diseluruh dunia, ia telah menyumbang terhadap peningkatan aras karbon dioksida di atmosfera. Gas – gas rumah hijau lain yang boleh merangsang terhadap berlakunya pemanasan global ialah gas
metana, nitrous oksida, ozon, dan kloroflorokarbon (CFC).

Kesan – kesan perubahan iklim telah berlaku dengan dahsyat semenjak tahun 1950an lagi. Dilaporkan kejadian bencana alam seperti, banjir besar, ribut taufan., kebakaran hutan meningkat secara mendadak. Kejadian taufan dan ribut semakin meningkat. Ia terjadi disebabkan oleh pertembungan dan perbezaan arus sejuk dan panas berdasarkan kelembapan suhu. Kejadian ribut taufan semakin bertambah dikawasan sub tropika. Tragedi yang menyayat hati pernah berlaku pada tahun 2008 di Myanmar sehingga meragut 138,000 nyawa. Kewujudan pelbagai jenis taufan seperti Nargis, Wilma, Rita dan Katrina turut sama menjejaskan kehidupan jutaan manusia.

Perubahan iklim juga turut mendatangkan implikasi buruk terhadap kesihatan manusia. Pelbagai penyakit muncul disebabkan keadaan cuaca yang berubah – ubah. Penyakit sensitif iklim seperti seperti Malaria, Kolera dan Denggi dikatakan meningkat semasa fenomena ElNino sekitar tahun 1997/98. Sementara itu, fenomena gelombang panas juga boleh memudaratkan kematian, khususnya kepada pesakit jantung, respiratori dan warga emas. Penularan penyakit baru pada masa kini turut menimbulkan tanda tanya kepada kita adakah ia berpunca daripada masalah perubahan iklim ?

Bagi mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku sambutan hari alam sekitar sedunia seharusnya disambut dengan penuh keinsafan oleh semua warga Malaysia. Dalam konteks Malaysia, disamping memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap perundangan alam sekitar aspek pendidikan dan kesedaran tentang isu perubahan iklim perlu dijalankan secara berterusan. Usaha serantau bagi menangani masalah pencemaran rentas benua seperti pembakaran hutan serta import dan eksport buangan elektronik secara haram perlu dipergiatkan diperingkat antarabangsa.
Di kalangan masyarakat amalan mesra alam perlu dibudayakan sebagai citra rakyat yang prihatin bagi mengurangkan impak perubahan iklim. Program pembersihan kawasan – kawasan rosak dan tercemar perlu diadakan bagi menyuburkan budaya ’gotong royong’ yang semakin pudar dikalangan masyarakat. Nilai – nilai murni seperti kesatuan, kerjasama dan muhibbah terkandung didalam budaya gotong royong. Persatuan belia, pertubuhan alam sekitar dan penduduk setempat seharusnya dilibatkan bersama bagi mempersatukan kekuatan bersama untuk mengembeleng tenaga bagi menangani isu perubahan iklim.Semoga penghayatan kita terhadap tema alam sekitar sedunia 2009 dapat memberi cetusan yang bermakna terhadap pengisian gagasan 1Malaysia.

5 Jun 2009 - Hari Alam Sekitar Sedunia


Fenomena alam luar jangka semakin meningkat dari pertengahan 1950an sehingga ke tahun 2007. Ia dikaitkan dengan perubahan iklim yang berlaku pada skala global. Pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana, nitrous oksida, ozon, dan kloroflorokarbon (CFC) dikenalpasti penyumbang terhadap fenomena perubahan iklim. Memandangkan perubahan iklim memberi impak global ia perlu ditangani secara bersama. Manusia harus berganding bahu untuk memerangi perubahan iklim. Bersatu dalam usaha membendung sebarang tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya perubahan iklim.

Tema hari alam sekitar sedunia pada tahun ini adalah “Dunia Memerlukan Anda Bersatu Memerangi Perubahan Iklim”.Tema ini dipilih amat bertepatan dengan masa, dimana manusia diseluruh dunia kelihatan tidak bersatu dalam memerangi masalah perubahan iklim. Memerangi dalam erti kata membendung ke tahap maksimum tindakan – tindakan manusia yang boleh menyebabkan berlakunya perubahan iklim. Negara – negara diseluruh dunia perlu melihat ianya dengan fikiran terbuka. Dengan menggubal polisi dan dasar yang dapat menyumbang kepada mengurangkan masalah perubahan iklim.

Namun usaha – usaha ke arah pelesetarian dunia berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang besar. Perjanjian antarabangsa mengenai alam sekitar banyak dicabuli oleh kebanyakan negara. Seolah – olah ada negara yang tidak serius dalam usaha – usaha pemuliharaan alam sekitar. Malahan ada negara yang begitu rakus menindas dan memusnahkan negara lain atas nama ‘keadilan dunia’. Pada hakikatnya ia telah merosakan ekosistem dan memusnahkan kehidupan manusia.

Ini jelas terbukti melalui beberapa siri peperangan terbaru. Awal tahun ini tentera zionis di Gaza telah mencemarkan ruang udara Gaza dengan kepulan asap akibat bedilan peluru berpandu dan bom berangkai yang di lepaskan oleh tentera zionis. Pencemaran udara selanjutnya telah menyebankan berbilion – bilion zarahan bersaiz mikro dan nano terlepas ke ruang udara gaza dan ini berpotensi merencatkan sistem pertahanan badan manusia. Ini ditambah pula dengan ujian peluru berpandu terbaru oleh Korea Utara. Ia jelas menunjukan gagasan pelestarian alam sekitar semakin menempuh jalan suram dan penuh berliku.