Anjakan Pemikiran prasyarat ke arah kelestarian dunia.


Cuba anda fikirkan apakah perkara yang semakin bertambah setiap hari dan setiap saat ?
Cuba and fikirkan apakah perkara yang semakin berkurangan setiap hari dan setiap saat ?

Semakin Bertambah ?

• Pencemaran udara (Pemansan Global)
• Pencemaran air laut, sungai, air bawah tanah
• Pertambahan sisa pepejal
• Pertambahan populasi manusia
• Keperluan sumber asli bertambah
• Pembinaan rumah meningkat
• Pertambahan Penyakit baru (h1 n1, JE dan lain)
• Kesesakan lalulintas
• Bencana alam
• Penindasan
• Peperangan

Semakin Berkurangan ?

• Kualiti udara semakin berkurangan/terjejas
• Bekalan air bersih berkurangan
• Kawasan untuk tapak pelupusan sisa pepejal semakin berkurangan.
• Keselesaan hidup berkurangan. (kawasan rekreasi)
• Sumber asli seperti minyak, gas, batuan, mineral semakin berkurangan
• Spesis tumbuhan dan haiwan semakin berkurangan wujudnya “kepupusan spesis” tertentu.

Perkara yang terpenting perlu diuruskan adalah mengenai cabaran perkembangan populasi manusia secara global.Secara ringkasnya pertambahan penduduk akan merangsang kepada pertambahan permintaan serta keperluan. Pertambahan keperluan dan permintaan terhadap makanan, minuman, sumber asli, tenaga perlu diurus dengan baik. Ada yang melihat peningkatan pertambahan dalam ruang lingkup ekonomi semata – mata sehingga mengabaikan keperluan melestarikan penggunaan dan mengawal ekspoltasi secara berlebihan. Ini telah menyebabkan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar yang amat serius. Kita harus melaksanakan perubahan radikal ke arah ini.

Apa yang perlu :-

Kesedaran masyarakat
Kesedaran sahaja tidak cukup tanpa, perubahan radikal.
Kesedaran , kefahaman minda, perubahan sikap, perubahan amalan dan dijadikan amalan dalam kehidupan.


Untuk mendapatkan slide ceramah boleh emailkan kepada saya... abdulrahman9823@yahoo.com

No comments: