Lakukan Penilaian Risiko H1N1 di Malaysia




Hampir setiap hari dilaporkan kes kematian disebabkan oleh virus H1N1. Dalam masa yang sama rakyat semakin bimbang tentang keadaan ini. Meskipun laporan akhbar ada menyatakan mengenai kes jangkitan H1N1 , tapi masih belum mencukupi untuk rakyat berwaspada dan mengambil langkah – langkah proaktif bagi mengelak dijangkiti penyakit H1N1.

Laporan akhbar sekadar menunjukan jumlah orang yang mati, dan bilangan mereka yang dijangkiti. Sebagai rakyat yang prihatin tentang masa depan bangsa Malaysia ini kita harus sentiasa peka dalam masa yang sama maklumat yang tepat mengenai kes jangkitan ini perlu dilaporkan kepada rakyat dengan betul.

Kita memerlukan laporan yang terperinci setiap hari sebagai contohnya :-

Jumlah Mangsa Yang Dijangkiti
Jumlah jantina, lelaki, wanita
Mengikut umur (dan bilangan)
Tempat merujuk kepada negeri dan daerah
Jumlah yang mati ( di mana , siapa, jantina dan tempat)

Asas maklumat seperti ini harus diberikan kepada rakyat agar rakyat dapat berfikir dan bertindak. Misalnya kawasan A mempunyai jumlah mangsa yang dijangkiti terbanyak, maka orang ramai akan mengelak untuk ke kawasan tersebut untuk kemaslahatan diri.

Boleh diumpamakan langkah – langkah ini sebagai ‘penaksiran risiko’ atau ilmu berkaitan ‘risk assessment’. Ia perlu dipraktikan tidak sahaja semasa mengalami masalah bencana alam sekitar malahan dalam konteks menghadapi wabak maut seperti JE dan juga H1N1.

Antara langkah penting dalam penaksiran risiko adalah :-

Mengenal pasti bahaya
Kebarangkalian kejadian/transmisi
Akibat kejadian/transmisi
Penentuan tahap risiko
Menyediakan plan bertindak mengawal, mencegah dan menghapuskan risiko

Kegagalan kita untuk membuat penaksiran risiko terhadap masalah ini akan menyebabkan wabak maut ini akan terus menular.

Untuk makluman pihak Europen For Disease Control Prevention telah melakukan penaksiran risiko untuk wilayah Eropah dokumen boleh didapati di http://ecdc.europa.eu/en/files/pdf/Health_topics/090720_Influenza_A(HINI)_Risk_Assessment.pdf

No comments: